Best Blogger Tips

Bahaya radiasi telefon !!!

Salam readers-readers, minta maaf sebab lama sangat dah tak update. Memang sibuk sangat-sangat. Hari nie nak cerita pasal bahaya nya radiasi telefon atau kita panggil Electic Magnetic Field (EMF) radiation. Telefon merupakan gadjet yang paling famous la kat dunia nie. Hampir semua manusia guna telefon bimbit. Tapi pernah tak ambil kisah dengan radiasi yang ada pada telefon tu semasa kita menelefon seseorang?

"Radiasi apa Khai? Aku tak rasa apa pun masa call orang. "

Haaa. Korang mungkin tak perasan. Tapi korang ada rasa panas tak dekat telinga lepas beberapa minit call seseorang? Itulah kesan radiasi telefon. Bukannya pada telefon je ade. Boleh kata hampir semua barang elektrik ada radiasi nie tapi telefon bimbit la paling kuat sebab ia menggunakan satelit.


"Ala Khai, setakat panas suam-suam tu bukannya apa sangat pun..."

Korang tak boleh pandang remeh benda nie. Radiasi nie akan memberi kesan yang teruk seperti kanser otak, kanser mata, migrain dan stress. Itu baru telefon bimbit. Belum laptop, television dan lain-lain. Kalau letak dekat telinga dah boleh memberi kesan kepada otak. Kalau korang letak kat dalam poket seluar, macam mana? Ia akan memberi kesan pada buah pingang, peha dan reproduction system( faham-faham je la ea). Sedar tak sedar, dah berapa lama korang guna telefon bimbit?

"Habis tu Khai, nak buat macam mana? Tak kan nak buang handphone tu?"

Ops, jangan la gopoh, rileks. Sekarang nie dah macam-macam teknologi baru yang dicipta. EMR shield, merupakan salah satu alat yang mampu menyerap hampir 99% radiasi yang dikeluarkan dari telefon bimbit. EMR shield boleh dilekatkan di telefon, laptop mahupun televisyen.

Electro Magnetic Radiation Shield

"Mana nak dapat EMR shield nie Khai?"

Bab tu, korang kena lah cari sendiri. Aku boleh nak jualkan kat korang, tapi aku tak ada masa nak bungkus kemudian pos EMR shield tu kat korang. Tak susah pun, dah banyak tempat jual EMR shield nie. Korang kena ingat, mungkin EMF tak bagi kesan dalam masa yang singkat, tapi korang nak hidup lama kan? Think wisely. Harap info nie membantu korang....(^^,)


Mozilla mengamuk !!!

Salam readers semua, entri sebelum nie aku ada tulis pasal 3 internet browser iaitu Chrome, Mozilla dan Internet Explore. Dalam entri tu, Mozilla kena kutuk teruk dengan aku sebab kelemahannya yang terlampau banyak plug-in yang nak kena install, tapi setelah aku try Mozilla Firefox 4.0, aku nak minta maaf kepada pihak Mozilla dan peminat setia Mozilla.

"Kenapa nie Khai? Pesal minta maaf kat Mozilla?"

Kenapa aku minta maaf? Korang dah try guna Mozilla firefox 4.0? Memang betul-betul puas hati, Jauh lagi advanced daripada Chrome. Browser dia pun laju. Sebelum nie aku kutuk browser nie, sekarang aku pula yang pakai. Hahaha.


"Apa yang special sangat kat Mozilla Firefox 4.0 nie?"

Haaa. Aku baru je install semalam, tapi aku dah detect beberapa kelebihan dia yang memang menakjubkan.

1. Master Password
Dekat Chrome, korang boleh save username dan password apa-apa website, tapi orang lain boleh tengok password tu. Maksud aku, kalau orang lain datang guna laptop korang, diorang just pergi dekat option>save password dan tengok semua password korang. Tapi berbeza dengan Mozilla, korang boleh lock chest yang simpan semua ussername dan password korang. Ia dipanggil Master password. So, orang lain tak boleh tengok la. Bila Mozilla nak auto-fill ruangan ussername dan password dekat FB sebagai contoh, Mozilla akan tanya dulu Master password korang. So orang lain tak boleh senang-senang jer buka profile korang dekat FB tu.

2. Skin
Skin Mozilla Firefox nie pun dah cantik, lebih profissional. Korang boleh juga tukar skin dia mengikut kehendak masing-masing. Nak pakai skin Chrome boleh, skin Mac pun boleh. Korang pun boleh susun atur toolbar dia, nak tambah, nak buang atau nak susun kedudukan dia mengikut kehendak masing-masing. Ada juga aditional toolbar macam 'group tab'. Menarik kan?

3.Speed
Benda nie la aspek paling penting sekali, semalam aku dah buat test Chrome vs Mozilla. Dan keputusannya, Mozilla menang. Tak tahu la kenapa. Kalau dulu, Mozilla nak macam-macam plug-in, sekarang dah tak macam tu.Facebook yang sebelum nie lembab, dah jadi laju. Aku guna internet dekat universiti je, belum guna broadband atau streamyx lagi.

"Wahh, Khai mana nak download installer Mozilla 4.0?"

Aku dah sedia kan link kat bawah tu. Ada yang kata Mozilla Firefox lembab, Chrome lembab, IE lembab, tu semua bergantung pada spec PC korang, kalau nak buka Microsoft Word pun lembab, jangan harap la nak laju browser korang tu. Apa-apa pun, Mozilla 4.0 terbaik....(^^,)

Download Mozila Firefox 4.0... disini.

Cara install patch PESEdit di dalam PES 2011 !!!

Salam readers-readers ku semua, entri kali nie khas untuk peminat setia game PES 2011. Tapi nak diingatkan patch nie hanyalah untuk game PES 2011 PC sahaja. Banyak readers yang dah bertanya cara install patch nie. Sebenarnya tak susah pun, tapi kalau tak tahu kenalah bertanya kan? Thumbs up kepada yang bertanya...(^^,)


"Khai, kau tunjuk cara tukar lagu, tapi tak tunjuk pun cara nak install patch nie !!!"

Aku minta maaf la sebab tak tunjuk cara nak install patch nie, aku assume semua dah tahu. Ok lah, kita straight to the point. Korang kenalah ikut step by step. Jangan tinggal atau skip mana-mana step pun, ok?


1. Game PES 2011
Benda pertama yang korang kena ada mestilah game PES 2011 nie. Kalau tak ada, nak main macam mana kan? So, make sure korang ada game nie. Lepas tu, patch nie khas untuk game PES 2011 PC je. So, kalau korang punya tu PS2, PS3, PSP, XBox atau Hanphone, aku tak boleh tolong. Sorry, huhuhu.

2. Download patch PESEdit
Next step ialah korang download patch PESEdit nie. 

"Err, Khai, nak download kat mana patch nie?"

Apa? korang tak tahu nak download dekat mana? Ok lah. Aku bagi link dia kat korang. Biasanya patch PESEdit dia akan sentiasa update, kalau ada transfer player list baru, dia akan keluar la patch baru. So, korang kenalah sentiasa check kat website dia. Nanti aku bagi. Download semua part patch tu. Jangan download sekerat jalan je. Dekat official website dia pon korang boleh download. Tapi jangan tersalah download patch lain pula. Make sure patch PESEdit.

Download patch PESEdit... disini.
Laman web Official PESEdit.... disini.

3. Extract dan install
Lepas korang download patch tu, korang extract la, dan tekan installer dia. Memang lambat sikit installer dia nak start, sebab dia cari terus fail PES 2011 korang. So, korang tak payah nak usik apa-apa  Just tekan next dan start install. Lepas korang install, akan keluar window message. Korang tekan 'program is install correctly'.

4.Pilih liga bawahan
Seterusnya, korang kena pilih liga bawahan yang korang nak main. Sekarang nie dalam PES 2011 dah ada Division dua Bundesliga ( Liga German). Korang boleh tukar jadi Division dua La Liga (Liga Sepanyol) atau Division dua Championship League (Liga England). Cara tukar dia, korang buka fail Pro Evolution Soccer 2011 korang. Korang akan nampak folder 'kitsever'. Buka folder tu. Ok, dengar betul-betul. part nie susah nak faham. Dalam folder kitserver nie, ada 3 folder bernama pesedit.

folder pesedit jangan delete


Pesedit-ch ialah liga bawahan England. 
Pesedit-la ialah liga bawahan Sepanyol. 

Kalau korang nak guna Divison 2 Budesliga, korang delete la dua folder nie. Sebab dia dah update dalam folder kitserver tu. Tapi kalau korang nak tukar jadi liga england atau sepanyol, korang kena buat kerja sikit. Kita ambil contoh liga england championship la ea. Buka folder kitserver>pesedit-ch>img>dt0f.img dan dt04.img .


Korang copy isi dalam dia, paste dalam folder kitserver>pesedit>img>dt0f.img dan dt04.img . Jangan copy folder !! Copy isi dalam sahaja !. Dan paste isinya dalam folder yang betul. Just replace dan jangan keep both fail. Lepas tu korang boleh la delete folder pesedit-ch dan pesedit-la.


5. Masuk Document
Seterusnya, pergi dekat Start>Documents>Konami>Pro Evolution Soccer 2011>Save. Korang akan nampak ada 4 fail dengan nama EDIT, EDIT-la, EDIT-def, EDIT-ch. 

delete file EDIT.bin tu.
EDIT-la.bin (liga bawahan sepanyol)
EDIT-def.bin (liga bawahan jerman)
EDIT-ch.bin (liga bawahan england)

Mula-mula delete fail EDIT.bin yang dah ada tu. Bagi pengguna Division 2 bundesliga, rename file EDIT-def kepada EDIT.bin. Tadi kita ambil liga Championship sebagai contoh kan? So, kita rename fail EDIT-ch.bin kepada EDIT.bin . Lepas tu korang delete la fail EDIT-def dan EDIT-la yang lain. Lepas tu siap la.

6. Main guna krun
Dalam latest PESEdit 1.7, dia suruh main guna krun. So, korang kena la main guna application krun yang ada dalam folder Pro Evolution Soccer 2011 tu. Application akan ada lepas korang install patch. Harap maklum.


Kan dah jadi tu? Ok tak ok? Huhuhu


So, kalau tak jadi, just comment jer kat bawah. Aku cuba jawab ya. Sebenarnya banyak lagi boleh buat dekat PES 2011. Nak tukar lagu pun boleh. Nak letak logo Astro Supersport, Astro Arena, ESPN atau RTM1 pun boleh. Kalau ada masa nanti aku ajar. Tapi aku dah buat tutorial cara edit lagu dalam PES 2011. Hope you all enjoy it....(^^,)

Cara-cara edit lagu dalam PES 2011... disini.
PESEdit patch for PES 2011 terbaik !!!... disini.

Credit to :
http://pesedit.com

Beza madu asli dan tiruan, jangan tertipu !!!

Salam readers, bosan betul time cuti nie, nak study malas, hari nie nak kongsi sedikit info pasal madu, korang selalu minum madu tak? Madu nie memang bagus, banyak kelebihannya, tapi madu yang korang minum tu asli ke? Pernah tahu kelebihan madu?

  • Madu memberi tenaga kepada badan kita serta mengembalikan tenaga terutamanya kepada atlit sukan.
  • Madu mampu menjaga organ dengan baik terutamanya jantung kita.
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Mencerdaskan otak dan menjadikan kita mudah menghafal.
  • Madu itu manis dan ia bukannya manis yang memberi penyakit.

Madu

"Aku takut kencing manis la kalau minum madu hari-hari"

Hahaha. Kalau madu yang korang minum tu madu asli, tak akan kencing manis punya. Tapi korang tahu tak macam mana nak beza antara asli dan tiruan? Nie cara dia :
  • Madu asli tak akan dihurungi semut. Semut cuma minat gula. Tapi bukan gula yang ada dalam madu asli. Tapi gula yang berpenyakit macam gula halus atau gula melaka.
  • Madu asli tak akan beku dalam peti ais tetapi madu tiruan akan beku dan mengeluarkan buih di atasnya.
  • Kalau korang buka botol madu asli, dia akan bunyi macam bergas. Macam buka botol 100 Plus. Kan ada bunyi. Pishht.
  • Semasa menuang madu asli ke dalam bekas. Lihat madu yang keluar dari botol tu. Madu asli tak akan terputus-putus. 
  • Titiskan madu asli di atas jari atau tangan. Ia akan menghasilkan bentuk yang bulat dan cantik. Tak leper macam air. Bermakna ianya likat.

"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan". (Ibnu Sina)

Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".


Kenapa madu itu bagus? Kenapa banyak sangat khasiatnya? Kita lihat pemiliknya, LEBAH. Ada apa dengan lebah nie? Lebah merupakan makhluk yang patut kita contohi.

Lebah

"Contohi? kau mengarut apa Khai? lebah kan sengat orang, boleh bawa maut tu."

Haaa~.. Korang pegi kacau dia buat apa? Lebah memang patut kita contohi. Bukannya contohi gaya mereka menyerang atau letak sengat kat pinggul. Tapi gaya hidup mereka.
  • Lebah hidup berkumpulan, maksudnya mereka hidup bekerjasama. 
  • Lebah kutip madu, maksudnya, dia ambil benda-benda bagus je.
  • Lebah melindungi sarang dan menyerang  ketika sarangnya diganggu, maksudnya dia tak kacau orang dan mereka ni bersifat protective.
  • Lebah bekerja setiap hari, rajin tu.
  • Lebah meninggalkan madu apabila bepindah, maksudnya mereka meninggalkan benda baik apabila meninggalkan sesuatu tempat.
So? korang macam lebah tak? Pepatah inggeris ada kata, 'be a bee', inilah maksud diaorang. Amalkanlah madu. Bukanya pahit pun, manis tu. Tapi pastikan ianya asli,,,,(^^,)

Subhanallah !!!

Award untuk 700th of my follower !!!

Salam readers semua, pejam celik dah 700 follower ku !!! Yeaaaahh, seronok sangat-sangat. Tapi siapa yang ke 700th tu? Blogger bertuah tu ialahhhhhh....


Thanks Cik Izawanie !!!! So, aku dah siapkan award khas untuk tuan blog. Ambil kalau sudi. Kalau tak nak pun tak apa. Just copy code yang K.A.B dah sediakan nie. Jom kita terjah blog die !!!


<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/dTog0.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>



"Khai !! Follower lain tak ada award ke?"

Huhuhu, jangan risau. Award untuk follower biasa pun ada. Tapi lain sikit la ayat dia. Aku ada bagi link dekat side bar tu. Tapi kalau malas nak cari, aku bagi la linknya kat bawah nie. Thanks you all sebab sudi jadi follower blog nie. Ambil ya,,,(^^,)

<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/p65H3.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>

Handphone review : Handphone Concept yang luar biasa !!! (part III)

Salam readers, jadi hari ini ialah part III handphone concept yang aku nak tunjuk kat korang semua. Tak ubah macam part I dan part II, model handphone concept sememangnya mengarut dan luar biasa. Jom kita review...

1. Window Phone
Model nie khas untuk pengguna yang mengikuti perkembangan cuaaca. Kenapa? Model nie boleh menjangka cuaca dengan cepat dan tepat. Yang best nya model nie bukan setakat touchscreen jer, korang boleh taip mesej menggunakan tulisan tangan apabila  korang hembus kan nafas kat screen dia. Best tak?





2.Visual Sound
Model nie direka khas untuk pengguna yang ada masalah pendengaran. Ia bekebolehan menukarkan bunyi kepada tulisan. Tak paham? Macam nie, kalau kawan korang call, diorang akan cakap macam biasa, tapi dekat visual sound nie tak akan keluar bunyi, sebaliknya ia ditukarkan menjadi tulisan supaya ia dapat dilihat. Tak paham juga? tengok la gambar bawah nie...



3.Cola-cola powered Phone
Model nie paling pelik. Rekaan Nokia nie tak menggunakan elektrik sebagai punca kuasa, sebaliknya ialah air bergas Cola-cola. Pelik kan? Enzyme dalam air coke nie akan digunakan untuk menghasilkan elektrik. Dikatakan cara ini mampu memberikan kuasa bateri 4 kali ganda dari bateri lithium yang kita guna sekarang nie. Kalau air coke tak de jual macam mana? Coke Radix or 100 Plus boleh guna tak? Hahaha.



4.Nokia E-Cu
E ialah untuk Environment dan Cu merujuk kepada Copper. Model nie pun lain dari yang lain. Cas bateri menggunakan tenaga haba atau lebih dikenali sebagai heat-conducting charging system. So, korang simpan dalam poket seluar pun dah tercas. Tapi pengguna kat antratika mungkin menghadapi sedikit kesulitan. Hahaha.



5.Sony Ericsson FH
Model nie boleh flip dan rotate. Dengan kata lain, dia ada dua skrin yang boleh dipisahkan. Style kan? Sekali tengok macam Digivice (Digimon Divice) la pula. Hahaha.




Pelik-pelik jer design diorang nie. Entah jadi ke tak model-model nie. Kalau jadi kenyataan, memang teruja la, lagi-lagi peminat gajet-gajet phone. Hope you all enjoy it,,,(^^,)

Bercumbu itu halal ?

Salam readers semua,, hari nie aku ada satu info yang nak di-share dengan korang. Aku nak bagi tahu kat korang lima kebaikkan apabila kita bercumbu atau dengan kata lain, berciuman mulut. Sebenarnya berciuman sangat bagus untuk kesihatan kita.

"Ye ke Khai? Jangan nak mengarut laa!!!"

Tak percaya? Betul... Aku nak bagi tahu korang lima kelebihan apabila kita berciuman dengan pasangan kita.
  • Berciuman dapat membakar kalori korang, 2-3 kalori dalam masa seminit. Metabolisma badan anda juga boleh meningkat.
  • Bercium melibatkan otot-otot muka. So, ia merupakan senaman kepada wajah anda supaya wajah kelihatan lebih muda dan tegang.
  • Selepas berciuman, paru-paru akan berfungsi tiga kali ganda lebih cepat. Ia baik untuk menggelakkan sakit paru-paru.
  • Bercium boleh menyebabkan jantung kita juga berfungsi lebih cepat, dalam 110 degupan dalam masa seminit. So, tak payah jogging.
  • Ciuman juga boleh menghilangkan stress, mengurangkan kemarahan dan mewujudkan persekitaran yang sihat.
So, dah percaya sekarang? Macam-macam kelebihannya bila kita berciuman. Benda-benda nie bukannya aku main tulis je. Nie hasil kajian para saintis. 


"Wahh, baru aku tahu. Lepas nie nak banyakkan bercium lah..."

WAIT !!!! NANTI DULU !!! Aku nak tanya korang. Korang nie siapa nak main cium-cium? Korang nak cium siapa? Halal ke bercium dengan bukan muhrim? Memanglah bercium nie banyak faedahnya, tapi kalau ciuman tu TAK HALAL, boleh dapat ke kelebihannya? Korang kena ingat, Islam menjelaskan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Pernah terfikir dosa berciuman dengan bukan muhrim?


"Sesungguhnya, jika kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada menyentuh perempuan yangg tidak halal bagimu." ( diriwayatkan oleh At Thabrani dan Al Bahaiqi ).


Ada yang kata, cium tu bukannya berzina, sekadar meluahkan perasaan atau memperkenalkan diri, macam  berjabat tangan la. Siapa yang ajar korang? Sedangkan bersentuh dengan bukan muhrim pun tak boleh. Nie kan pula nak salam dan berciuman?


Sabda Rasulullah S.A.W, "Kedua tangan berzina dan zinanya adalah meraba, kedua kaki berzina dan zinanya adalah melangkah, dan mulut berzina dan zinanya adalah mencium." ( H.R. Muslim dan Abu Dawud ).


Memang aku akui, alam remaja nie la manusia suka mencuba banyak perkara. Tetapi kita masih ada batasan yang perlu dijaga. Aku nak cakap banyak pun, aku bukannya ustaz. Tapi aku tulis entri nie untuk nasihatkan korang dan diri aku sendiri. Maaf la kalau ada yang terasa atau kecil hati. Ingatlah bahawa nikmat di dunia hanya sementara, akhirat jua lah kita kekal selama-lamanya,,,,(^^,)



Doraemon Episod Akhir, Wajib Baca !!!

Salam readers semua...entri pagi nie nak tulis pasal cerita Doraemon. Siapa masa kecil dulu rajin baca Doraemon? Siapa pula yang tak tahu Doraemon tu apa? yang tak tahu tu memang sedih la. Ketinggalan zaman tahap raban punya. Hahaha. Jangan marah. Aku dari kecil sampai besar layan doraemon nie. Tak kira la komik atau movie dia. Memang best.



Tapi cuma satu je aku tak puas hati dengan kartun Fujiko Fujio nie. Aku tak pernah jumpa ending cerita nie. Sebenarnya penulis nie telah meninggal dunia sebelum sempat dia menghabiskan siri Doraemon. So, macam-macam ending yang telah dicipta untuk siri Doraemon nie. Tapi syarikat yang menjaga manga Doraemon tidak pernah mengeluarkan ending siri nie. Mungkin penulis cerita tak mahu Doraemon nie berakhir, supaya Doraemon nie akan terus hidup. Tapi ending yang akan aku share nie memang-memang SEDIIIHHH !!!! Ia dilukis oleh Nobuo Sato.

Dalam ending nie, Doraemon telah rosak kerana baterinya habis, baterinya boleh diganti tetapi Doraemon akan hilang ingatan kerana cip memori berada di telinganya sedangkan telinganya pula sudah hilang. Dorami cuba membantu abangnya itu dengan membawanya kembali ke masa hadapan, tetapi penjaga portal ke masa hadapan tidak membenarkannya. Selepas itu, Nobita belajar berdikari dan dia berjaya menjadi engineer yang amat hebat. Dengan kepandaiannya itulah dia cuba menghidupkan semula rakan lamanya, Doraemon selepas hampir 35 tahun. Akhirnya, dia berjaya menghidupkannya. Sob! sob! sob! Memang betul-betul sedih.

"Err, Khai, tak sedih pun dengar kau cerita !! Aku nak bacaan bergambar, baru paham!!"

Owhh, tak sedih ea? Ok lah. Aku dah carikan manganya. Tapi dalam bentuk video. So, hayati ending nie, memang best dan sedih....(^^,)


My 600th follower !!!

Salam readers semua, sedang aku berblogwalking, rupa-rupanya follower aku dah pun mencecah 600. Wahhhhh !!!! Tapi siapa follower yang ke-600 tu? Haaaa...nie dia..


Jom la kita terjah dia,,huhu,,So, aku nak bagi award khas untuk tuan blog nie. Kalau nak, ambil la. Kalau tak nak ambil pun tak apa. Tak kesah. Huhuhu. Just copy code and paste kat html widget.


<a href="http://www.khaiadebelog.bogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/teb5u.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>

Thanks juga to all my follower kerana support blog nie...(^^,)

Siapa yang lakon watak Merong Mahawangsa tu?

Salam readers semua,,,sekarang nie semua blogger cerita pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Aku pun tak terkecuali. Tapi kali nie aku tak nak la cerita pasal sinopsis, review atau rating cerita tu. Tapi aku nak tanya korang,  korang tengok sampai dua tiga kali cerita tu, korang kenal tak siapa yang pegang watak Merong Mahawangsa tu? Siapa yang jadi Prince Rome tu? Princess China, Kamawas, Embuk atau Pak Kesum semua tu korang kenal tak? ke ada niat lain nak tengok Merong tu? majoriti perempuan nak tengok Merong sebabbb....

"Weeeyy, kacak nye Merong Mahawangsa, kan best kalau dapat jadi Embuk !!"

Hahaha. aku dah agak dah. Siapa yang tengok cerita HMM sebab nak tahu sejarah lampau? Tak ada. Semua ada sebab lain. Aku just nak introduce kat korang pemegang watak-watak hebat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kita mula dari hero la ea...

Merong Mahawangsa
Nama sebenar pelakon nie ialah Stephen Rahman Hughes. Dia nie sebenarnya pelakon teater muzikal yang memegang watak Hang Tuah dalam cerita Puteri Gunung Ledang. Makna nya dia nie bukan setakat pelakon, malah penyanyi juga. Siapa yang rajin tengok teater muzikal kenal la dia. Aku sekali pun tak pernah tengok teater. Huhuhu.

Stephen Rahman Hughes

Putera Marcus Carprenius
Pelakon berambut emas nie bernama Gavin Stenhouse. Walaupun wataknya nampak seperti seorang putera yang lemah dan lembik, di akhir cerita, Putera Marcus menunjukkan seni mempertahankan diri yang hebat. Gaya kungfu pun ada tu !!!

Gavin Stenhouse

Laksamana Liu Yun
Pemegang watak ini ialah Craig Robert Fong. Tak banyak yang boleh dikatakan pasal dia nie. Tak tahu sama ada dia masih baru atau sudah lama dalam dunia lakonan. Tetapi lakonanya biasa saja.

Craig Robert Fong

Puteri Meng Li-Hua
Watak puteri cantik ini dipegang oleh gadis kelahiran China iaitu Jang Lusi. Dia nie bukan calang-calang orang tau. Dia sebenarnya pelajar pintar kursus Undang-undang di Kolej Universiti Landon tapi jadi pelakon. Kalau dah cantik, jadi apa pun orang nak. Betul tak?

Jang Lusi

Pak Kesum
Dia nie memang semua orang kenal. Dato' Rahim Razali memang sudah lama dalam seni lakonan nie. Sering kali membawa watak sebagai orang yang tenang meyebabkan watak Pak Kesum amat sesuai dengannya.

Dato' Rahim Razali

Embuk
First time aku kenal dia nie masa dalam filem Nur Kasih. Ummi Nazeera merupakan pelakon muda yang berbakat dalam lakonan. Walaupun watak Embuk nie hanya sekejap, tetapi Ummi Nazeera dapat membawa wataknya dengan baik.

Ummi Nazeera


Taji
Nie la dia Tok Guru jahat, Taji yang dilakonkan oleh Wan Hanafi Su. Wan Hanafi Su juga merupakan seteru Dato' Rahim Razali dalam dunia lakonan. Wan Hanfi memang sesuai dengan watak jahat nie, dengan mukanya yang ala-ala bengis tu, berjaya membuatkan penonton membencinya. Huhuhu.

Wan Hanafi Su

Kamawas
Watak super-jahat nie dilakonkan oleh Khir Rahman. Khir Rahman siapa tak kenal? Dia nie selalunya berlakon cerita lawak. Tiba-tiba kali nie jadi watak serius. Tapi aku memang tak boleh nak tengok muka dia, rasa nak gelak jer. Hahaha. Apa-apa pun dilakukan good job.

Khir Rahman

Sekarang dah kenal watak-watak kesayangan korang? Siapa yang tak tengok lagi cerita nie? pergi la tengok. Aku dah tengok dan sekarang nie tengah tunggu Nur Kasih The Movie pula... Tak sabar nyerr.....(^^,)

Tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger ada pada follower !!!

Salam readers semua,,,pernah dengar tak peribahasa nie? 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger ada pada follower'...Hahaha. Rekaan semata-mata. Tapi hari nie memang hari bertuah aku. Usaha aku selama nie membuahkan hasil...

"Apehal nie Khai? Kau dapat awek ke?"

Hahaha. Dapat awek kejadahnya. Ada orang bagi gift kat aku hari nie. Diam-diam je bagi kat aku. Aku nak buat macam mana, memang tak boleh tolak, aku ambil je. 


"Hadiah apa Khai? Coklat? Jam?"

Tak ada lah. Lagi best daripada tu. Nak tahu apa? Balik je kelas tadi, aku buka laptop. PAAPP!!! Nuffnang bagi aku 9 Campaign sekaligus. Waaahhh !!!!! Seronok tahap giler....


"Pergghh, Khai! Aku nak juga campaignnnnn !!!!"

Huhuhu. Korang nak juga ke? senang jer, just selalu update blog korang dan selalu lah update blogger bio survey dekat Nuffnang tu. Kalau korang buat macam aku cakap nie. Kompem korang akan dapat. Ntah-ntah lagi banyak daripada aku. Semua ini rezeki daripada follower and viewer yang tak putus-putus bagi sokongan. Thanks you all and thanks Nuffnang !!!,,,(^^,)

p/s - bukan senang nak senang, bukan susah nak suah,,betul tak?,,(^^,)

Nur Kasih The Movie bakal jadi fenomena baru !!!

Salam reader semua,,,Buat apa petang ahad nie? Tak kan la duduk menghadap laptop je? Dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa? Best ke tak? Aku dah pun tengok cerita tu dan apa yang boleh aku cakap, cerita HMM nie memang best. Tapi kalau tengok kali kedua, macam bosan sikit. Huhuhu. Tapi hari nie aku tak nak cerita pasal HMM nie, aku nak cerita pasal Nur Kasih The Movie yang akan keluar tak lama lagi nie.

Nur Kasih The Movie

"Apa benda lah mamat nie, orang semua tengah kecoh pasal HMM, kau sorang je tetiba cerita pasal Nur Kasih, out of topic la kau ni Khai.."

Hahaha. Sorry la kalau aku buat entri tak kena pada masanya, tapi nak buat macam mana, aku peminat setia Nur Kasih tuuu... Aku teruja dengan movie nie lepas tengok trailer die. Korang dah tengok belum trailer dia? Belum lagi?

"Errr, Khai, Nur Kasih tu cerita apa? hehe"

Ada juga orang yang tak tahu ek?..Hahaha. Tak apa. Nur Kasih nie kisah cinta pasal Adam yang telah hanyut dengan nikmat dunia dengan Nur Kasih yang taat kepada agamanya. Tapi tu bukan sinopsis movie nie. Korang kena la tengok series Nur Kasih nie dulu. Dalam Movie Nur Kasih nie pula, adik Adam, iaitu Aidil menjadi bapa tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Ilyas dan Maryam.

"Apa? Alia meninggal ke?"

Errr, dah kantoi ke? tak pasti la sama ada Alia meninggal atau tidak. Tapi kalau dilihat pada trailer, ada sesuatu yang berlaku pada Adam dan Nur. Tak kan la Adam di culik pengganas lagi kot? Apa-apa pun aku memang tak sabar nak tengok cerita nie. Kabir Bhatia, iaitu pengarah cerita nie memang pandai buat cerita jiwang.

Kabir Bhatia

Haaa... Nak tengok tak trailer dia? Korang duduk la dalam wayang. Hahaha. Tak ada lah. kat bawah nie aku dah sediakan videonya...enjoy it (^^,)

Trailer Nur Kasih The Movie

p/s - siapa yang tanya "Khai, trailer tu apa?", memang aku ketuk-ketuk kepala dia,,hahaha,,(^^,)

Award untuk para follower's ku !!!

Salam semua readers K.A.B !!!! Malam nie nak bagi hadiah khas kepada follower-follower ku yang bertuah.. Minta maaf sangat-sangat sebab lambat bagi award. Sibuk sangat dengan assignment-assignment yang bertimbun. Tapi dapat juga siapkan banner untuk korang.

"Khai, macam mana nak dapat banner ko?"

Owhh, senang jer. Just copy code yang aku bagi tu dan paste la kat html widget. Tapi jangan salah ambil follower lain punya banner code pula tau. Senang jer nak ambil banner nie kan? Tapi kalau korang tak nak ambil pun tak apa. Aku tak kisah pun. Baiklah. Kita start sorang demi sorang ea.


100th follower : Hanisa

<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/fijUH.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>


200th follower : Tak dapat dikesan (sape yg rase dia 200th tu, ambil la ye..sorry)

<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/U4TN4.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>


300th follower : Cik Azeya

<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/11xUi.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>


400th follower : Flounder1tale

<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/GIoVc.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>

500th follower : Anis Seri

<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/NYruC.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>


Tu je la follower bertuah aku. Harap korang sudi la ambil award nie. Jadi siapa nak jadi follower bertuah yang seterusnya? Ada sesiapa?

"Pergghh, habis tu aku nie follower biasa kau ke? nak award juga !!!"

Opss, nak juga ke? Ok lah, tu all my followers, siapa yang nak juga banner K.A.B nie, ambil la code kat bawah nie. Tapi lain sikit la dengan banner follower bertuah tu. Nie dia code nya...(^^,)

All followers :

<a href="http://www.khaiadebelog.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/p65H3.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>




Akhirnya dapat juga !!!!

Salam readers,,,,baru lepas tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa. Boleh tahan la cerita tu. Balik wayang je, aku terus buka laptop. PAAAPP!! Terkejut+gembira aku. Hari nie aku gembira sangat-sangat sebab apa yang aku tunggu selama nie dah pun dapat,,haha

"Khai, apa yang kau seronok sangat nie?"

Nak tahu kenapa aku seronok? Seronok la sebab first time dapat Buffered Earning !!! Setelah hampir sebulan aku tunggu, dapat juga akhirnya.


"Alamak kau nie, baru ada seringgit dah kecoh, blogger lain sampai 7-8 Campaign ngan Buffered Earning lepak je?.."

Hahaha. Bukan aku nak kecoh, tapi memang seronok. Siapa nak bagi duit free? Betul tak? Nie semua atas kerjasama para-para bloggers and viewers yang banyak tolong aku naikkan traffik. Thanks you all. Thank Nuffnang.



p/s : dalam progress membuat award banner untuk followers ku,,,(^^,)

Handphone review : Handphone Concept yang luar biasa !!! (part II)

Salam readers semua, dah lama sangat tak update blog sebab sebuk sangat. Hari nie saya nak sambung entri minggu lepas yang bertajuk 'Handphone Concept yang luar biasa !!!'....Pada yang tak tahu, entri ada 3 part. Ini part 2.

1. Dial
Gelang nie sebenarnya handphone. Handphone nie juga sebenarnya gelang. Hahaha. Dengan adanya model nie, tak payah beli dah gelang emas, pakai handphone je dah smart. Tapi jangan la korang hayun tangan tu kuat-kuat, karang calar pulak handphone tu. Agak-agak boleh main game tak kat model nie?,,hmm.

Dial

2. Nokia Morph
Model nie menggunakan teknologi nano yang membolehkan ia membentuk mengikut kehendak pengguna. Model nie menggunakan skrin transparent.

Nokia Morph

3. Natural Year Phone
Model nie lagi dahsyat. Lepas dua tahun korang pakai, dia akan mereput. Dengan berbekalkan daun-daun sebagai body, model nie kompem murah. So, kalo model terjatuh kat hutan, memang susah nak jumpa la. Silap-silap orang buat bakar untuk fire camp. Hahaha.

Natural Year Phone

4. Pebble
Model rekaan Fujitsu nie bertemakan kaca. Model  nie cantik tapi tak tahu la berat ke tidak. Sekali tengok macam sabun, dua kali tengok macam tempat habu rokok. Hahaha.

Pebble

5. Mobile Script
Hanphone nie nampak macam biasa je tapi sebenarnya tersimpan screen bersaiz 13x 28 cm di dalamnya. Kelemahan dia adalah saiz dia sendiri. Dengan panjang 13cm, mudah ke dibawa ke mana-mana? Model nie memang smart, stylish and menarik tetapi pengguna model nie kena tanggung dua risiko bila nak jawab call. Sama ada orang kagum dengan kecanggihan atau orang gelak kerana saiznya. Hahaha.

Mobile Script

Haaaa,, menarik kan? tapi jangan berangan la nak pakai handphone nie dalam masa terdekat. Entah bila nak keluar design nie. Apa-apa pun aku nak ucapkan thank you very much to all my follower yang sudi ikut blog nie. Hope korang dapat share any information yang berguna dengan K.A.B,,,,(^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...