Best Blogger Tips

Kelemahan Disable Right, Left Click dan Highlight Text !!!

Salam readers ku semua, hari teruja sangat-sangat sebab dah dapat cecah 1000 follower,, yeaaaayyyhh !!! Hari nie Khai banyak komen and blogwalking kat blogger-blogger Malaysia nie. Apa yang Khai nampak, ada satu tool yang ramai sangat orang pakai. Disable Right Click. Memang bagus tools nie. Ia dapat elakkan dari orang lain copy entri kita. Untuk elakkan plagiarism la katakan. Tapi....

"Tapi kenapa Khai tak guna juga Disable Right Click tu?"

Sebenarnya  Disable Right Cick nie tak berguna pun. Maksud Khai, sia-sia je korang pakai. Orang tetap boleh copy juga entri-entri korang tu. Apa? Tak Percaya?

"Ye ke? Macam mana diorang boleh copy pula?"

Korang kena tahu, mouse blogger ada minimum dua button. Kalau Right Click diorang tak boleh guna, pakai la Left Click. Senang jer, just hightlight entri guna Left Click, lepas tu tekan Ctrl+C. Haa? Pernah terfikir tak? Pernah try tak? Khai dah cuba, try dan test. It's work. So, Disable Right Click tak ada function. Sorry to say.

" Khai, aku dah Disable Left Click juga, haha, so tak boleh copy la kan?"

Haha. Korang memang pandai sebab guna Disable Left Click atau Disable Highlight Text. Tapi dua-dua tools pun tak guna juga. Mesti tak percaya kan? Sebenarnya tool Disable Right, Left Click dan Highlight Text tu semuanya javacript. So, kalau penggunjung blog korang tu disable javascript kat browser diorang, macam mana? Diorang still boleh copy juga.

"Haa? Tak faham la.."

Tak faham? Ok lah, Khai ajar cara disable javascript di browser korang :

Mozila Firefox :
• Pergi ke Tools –> Internet Options.
• Tekan Content tab.
• Tekan kotak Enable javascript untuk disablekan dia.
• Restart Firefox dan siap.
Internet Explore :
• Pergi ke Tools –> Internet Options.
• Tekan Security tab –> Custom Level.
• Scroll ke Scripting –> Active Scripting.
• Pilih Disable.
• Restart IE dan siap.
Google Chrome :
• Pergi ke Option –> Under The Hood.
• Tekan Content Setting –> Java Script.
• Pilih Do not allow any site to run JavaScript.
• Restart Google Chrome dan siap.

Korang test la kalau tak percaya, lepas je korang Disable Javascript kat browser, kompem Disable Right, Left Click dan Highlight Text tak berguna.

" Ala Khai, kenapa bagitahu pasal Disable Javascript tu, kan orang lain dah boleh copy entri kiteorang..."

Sebenarnya Khai pun tak suka plagiarism nie, tapi kita sebagai blogger patut berbangga bila ada orang copy entri kita, dan kepada blogger lain yang nak copy tu, tolong la credit to tuan punya blog. Tak susah pun , dah memang adab berblogging macam tu. Tapi kalau korang nak copy entri-entri yang ada kat blog nie suka hati korang lah. Ikut koranglah nak credit ke blog nie atau tak,,,,ilmu untuk dikongsi bukan untuk disimpan,,,(^^,)

p/s - 'plagiarism' ialah meniru sesuatu fakta atau informasi 100% tanpa mengolah semula. Jika korang nak share informasi, sila olah ke gaya penulisan korang, jangan copy paste O.k....(^^,)

3 Asas untuk download torrent menjadi pantas !!!

Salam readers-readers semua. Lepas cuti ni Khai tahu, ramai yang dah plan macam-macam. Ada yang nak kerja, ada yang nak tidur je, ada yang nak download macam-macam movie, ada yang nak kahwin. Hahaha. Tapi hari nie nak share satu informasi best. Selalu tak korang download movie menggunakan software torrent?

"Torrent? Apa tu?"

Torrent nie satu fail yang disediakan tracker(url web) lebih dari satu source. Software torrent membolehkan korang men-download fail-fail besar menggunakan alamat torrent yang perlu di-download terlebih dahulu.  Biasanya student gunakan software torrent untuk download movie-movie baru, game baru, download software-software yang besar macam Adobe Photoshop dan sebagainya. Tapi tahu tak cara nak lajukan torrent korang? Ada orang download movie 1.5 gigabyte dalam masa 5 jam tapi ada pula yang ambil masa 3 hari. So, apa masalahnya?

1. Pilih software torrent yang terbaik.
Terdapat macam-macam jenis software torrent yang ada di Internet. Contohnya, uTorrent, BitComet, LimeWire, Vuze dan macam-macam lagi. Terpulang la pada korang nak guna yang mana pun. Setiap software ada kelebihan dan ada keemahan. So, kaji dulu.

2. Pilih seeders tertinggi.
Perasan tak, semasa korang pilih fail, ada dekat hujung table tulis 'seeds' dan leechers' ? Seeder bermaksud orang yang dah download penuh fail tu, leechers pula orang yang download tak habis sesuatu fail. Leechers akan jadi seeders bila dia dah download fail tu sepenuhnya. So, korang kenalah cari fail yang mempunyai seeders yang tinggi. Bila seeder tinggi, bermakna fail tu ada diserata laman sesawang, so, lebih mudah software torrent nak download bila ada banyak source.

Nilai seeds boleh mencecah ribu-riban

3. Edit torrent tracker.
Software torrent mendownload sesebuah fail berdasarkan tracker(url laman web) yang sudah di-listkan. Semakin banyak tracker, semakin cepat la dia download sebab banyak sumber kan. So, korang carilah kat google, list of torrent tracker. Copy dan paste di torrent properties. Tak faham. Kita ambil uTorrent sebagai contoh. Lihat bawah.

Sebenarnya ada banyak lagi yang perlu korang adjust dekat setting sotware torrent tu, tapi Khai susah nak explain sebab lain PC lain IP adressnya, lain rooter lain portnya. Yang penting korang tahu basic setting yang perlu ada semasa menggunakan torrent. Hope this info berguna kepada para pengguna torrent. Jika ada info tambahan, share lah dengan Khai,,,,(^^,)

5 Movie ending paling sedih !!!

Salam readers semua, minggu nie minggu exam, so terpaksa lah menjarangkan update. Hari ini aku tulis entri khas untuk peminat-peminat movie sedunia. Aku nak tulis sikit pasal 5 movie yang ada ending paling sedih yang aku pernah tengok.

"Alahai,,jiwang pula mamat nie..."

Bukannya aku nak jiwang, tapi movie yang aku nak share nie memang ending dia sedih. Aku sendiri tak boleh tahan sebak. Sob3,,hahaha. Oklah, jangan buang masa lagi.

1. Titanic
Siapa yang tak tengok lagi movie nie? Movie no 2 terlaris di dunia. Movie yang ditayangkan pada tahun 1997 mempunyai ending yang tak sepatutnya berlaku di mana kekasih Rose DeWitt Bukater iaitu Jack Downson mati akibat kesejukkan. Dengan lagu tema dia yang sentimental, memang sedih kerana Jack sanggup mati hanya untuk memastikan kekasihnya terus hidup.

2. Prison Break
Ada yang kata cerita nie ganas, lucah, tak jiwang langsung, tapi korang dah tengok penuh 4 season dia ke? Dalam cerita ni, banyak yang mati, tapi yang sedihnya bila heronya iaitu Micheal Scofield pun mati. Mula-mula aku ingat dia mati sebab barah otak (masa tu belum tengok final episod), rupa-rupanya dia mati semasa cuba  buat electric short semata-mata untuk melepaskan Sara keluar dari penjara. Yang sedihnya bila dia sempat buat video khas untuk Sara sebelum dia 'pergi'. Aku habiskan masa hampir setahun nak habiskan 4 season nie, last sekali dia mati. Sob3....

3. Disrict 9
Aku rasa berapa kerat jer yang tengok cerita nie, cerita nie pasal UFO yang tinggal di bumi semakin di buru dan dihapuskan. Aku sedih bukan sebab kesian dekat UFO tu, tapi kat Wikus yang DNA nya berubah menjadi alien tu. Bayangkan macam mana dia nak hidup dengan badan yang macam alien tu? Pada endingnya, Wikus dan berubah sepenuhnya menjadi alien sambil memegang sekuntum bunga daripada timah. Maknanya dia teringat akan isterinya, dan dia masih menunggu kawan aliennya untuk membawa penawar supaya dia boleh kembali menjadi manusia. Lima tahun (kalau tak silap la) dia tunggu, ntah datang ke tidak alien tu, korang bayangakan lama tak lama?

4. Sepi
Cerita melayu paling sedih aku pernah tonton, nie lagi kaw-kaw ending dia. Dalam cerita nie, Sufi menunggu Marya setiap hari semata-mata berharap Marya dapat hidup bersamanya, namun Marya sudah pun berkahwin. Namun pada akhir cerita, Marya menunggu Sufi di taman tersebut dan sebaliknya, anak Sufi datang dan memberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia dan diwasiatkan kasut yang Marya pernah bagi dulu untuk diserahkan semula kepada Marya. Sedih tak sedih la kan. Sampai mati dia tunggu perempuan tu.

5. Lagenda Budak Setan
Siapa yang tak kenal dengan filem Melayu bergenre sentimental nie kan. Bagi yang tak tahu. Heroin dalam filem nie, Ayu meninggal dunia selepas melahirkan anak ketika bersama Kasyah. Ayu paling teruk sekali kehidupan dia, dimana dia pernah kemalangan, operate muka dan hilang ingatan. Sedih bila berada di tempat Kasyah kerana kekasih dia hilang ingatan dan meninggal dunia selepas berkahwin. Lagu tema pun sayu jer.

Sebenarnya banyak lagi movie yang ada ending sedih jika korang hayati cerita dia betul-betul, macam Armagedon, Toy Story 3 atau Kabhi Kushi Kabhi Gam. Huhuhu. Tetapi disebalik 'sad ending' sebenarnya ada moral yang cuba disampaikan kepada kita tentang kehidupan nie. Korang pula macam mana? Apa cerita paling sedih korang pernah tengok? Share la dengan Khai,,,,,(^^,)

My 900th follower !!!

Salam pembaca ku semua, pejam celik dah 900 follower bertapak di blog nie. Yeaaaaaahhh. Memang tak jangka dah sampai 900 orang pengikut. Thanks kepada para blogger yang sudi follow blog K.A.B. Tanpa korang, tak hidup la blog nie. Tapi siapa yang ke-900 tu kan? Hmmm, jom kita tengok siapa....Nama dia Asyila Zainuddin. Apa? Nak tengok blog dia? Jom kita singgah blog dia, huhuhu.

So, kepada Cik Asyilla, sudilah mengambil banner khas untuk follower bertuah. Tapi kalau tak nak pun tak apa.

Copy this code to your website to display this banner!
<textarea cols="40" rows="2">
</textarea>

Jadi siapa nak jadi follower bertuah yang seterusnya? Ada sesiapa?

"Pergghh, habis tu aku nie follower biasa kau je ke? nak award juga !!!"

Opss, nak juga ke? Ok lah, tu all my followers, siapa yang nak juga banner K.A.B nie, ambil la code kat bawah nie. Tapi lain sikit la dengan banner follower bertuah tu. Nie dia code nya...(^^,)

All followers :

5 Perkara penting sebelum beli laptop !!!

Salam semua, hari nie nak share sikit pasal tips-tips nak beli laptop yang memuaskan hati. Banyak sangat Khai dah dengar pasal orang yang kena tipu masa beli laptop. Beli laptop RM2300, tapi spesifikasi cap ayam. Sebenarnya senang jer nak elak dari kena tipu.

"Nak buat macam mana, Khai?"

Ada lima perkara pentig sebelum korang beli laptop, Khai sendiri pun ambil masa sebulan lebih sebelum beli, dan puas hati sampai sekarang. Ok lah, kita straight to the point.

1. Duit.
Aspek paling basic sebelum beli laptop, mestilah budget korang. Jangan main hentam jer nak beli Alienware tapi dalam poket ada RM1000 jer. Buat pilihan yang seiring dengan budget korang. Jangan mudah percaya bila ditawarkan laptop canggih dengan harga murah. Biar kita kalah membeli, tapi menang memakai. Lagi satu, jangan ayik tengok free gift yang dia nak bagi. Tak penting pun free gift dia.

2. Spesifikasi.
Penting untuk kita tahu spesifikasi laptop yang kita nak beli. Kalau boleh sebelum beli laptop, target dua laptop yang korang paling minat. Lepas tu compare kan kelebihan dan kelemahan dia. Macam laptop Khai, grafik kad bagus tapi kapasiti hard disk kecil je. Khai tak kesah hard disk kecil sebab boleh beli external hard disk kan. So, kalau korang jenis yang minat software, cari la laptop yang bagus RAM dengan Processor dia.

3. Jenama.
Jenama sebenarnya tak penting sangat. Tapi korang kena ambil tahu. Lain jenama lain servisnya. Tak paham? Ada jenama yang famous, tapi senang sangat rosak. Khai tak nak la sebut jenama apa. Ada pula jenama yang cantik tapi rendah spesifikasi. Semunya bergantung kepada keselesaan korang. Kalau boleh, carilah jenama laptop yang dah kukuh dalam pembuatan laptop. Nie pegi beli jenama yang bukan-bukan. Tapi kalau korang nak laptop yang sempurna segalanya, Alienware la jalan mudah. Minimum budget untuk Alienware, RM7000. Cukup tak duit? Huhuhu.

4. Periksa Window Experience Index.
Sebelum beli laptop, cek dulu nilai Window Experience Index laptop tu. Apa? Tak tahu Window Experience Index tu apa? benda nie haa.

Make sure score dia dalam 5.0 ke atas. Baru korang puas hati. Window 7 menggunakan Aero effect untuk display yang lebih cantik. So, kalau score korang dah tinggi walaupun dah enable Aero effect, memang laju la laptop korang. Jangan lupa, Window Experience Index.

5. Keselesaan.
Penting keselesaan nie. Keselesaan nie pun bergantung kepada korang. Contohnya, korang nie gamers, tapi beli laptop grafik kad cap ayam, buat sakit hati jer. Korang pengguna Windows tapi beli Mac. Memang menangis nak belajar. Korang dah ada laptop, tapi beli lagi satu, tu lagi la teruk, hahaha. Kalau boleh guna la yang original. Tak payah beli yang underground nie. Nanti asyik rosak jer, leceh.

So, dah tahu kan sekarang? Beli laptop bukan macam beli handphone. Handphone korang boleh main tukar-tukar. Tak kan la laptop korang tukar tiap-tiap bulan. Lainlah kalau korang kaya. Huhuhu. Jadi kalau korang pun ada tips yang bagus boleh la share kat komen ya,,,(^^,)

5 Kelebihan bila blog kita dibenci !!!

Salam readers semua, hari nie nak cerita pasal satu blog baru nie. Blog yang menentang blog nie. Hahaha. Dipelupuri oleh member-member Khai sendiri. Kenapa? Mengapa? dan Apa?

"Khai, aku nak buat blog baru, nama dia K.A.K.A.B. Ok tak ok? Hahaha"

Mula-mula tertanya-tanya juga aku, apa ke buruk sangat nama dia. Rupa-rupanya, bila di long form kan, jadilah,,,Kami Anti-Khai Ade Belog. Hahaha. Macam-macamlah perangai member-memberku yang masuk air nie. Tapi kepada para blogger, ada kelebihannya bila kita ade haters sendiri.

"Kelebihan apa Khai kalau dah dibenci?"

Haaa, mungkin korang tak perasan. Kelebihan dia :

1. Pembaca Setia.
Bila kita ada haters, bermakna kita ada pembaca setia. Tak faham? Haters nie dia kena buka blog kita, baru la diorang ada isi nak dibahaskan. So, diorang akan baca blog kita setiap kali ada entri baru keluar. Bermakna diorang pembaca setia la kan? Hahaha.

2. Famous.
Haters biasanya akan cerita kelemahan kita kat orang lain, so tanpa mereka sedar, diorang dah memperkenalkan blog kita yang kadang-kadang kita sendiri pun tak buat. Kan dah jadi famous tanpa sedar. Macam Cikgu Shida tu. Hahaha.

3. Improving.
Bila ada haters yang tak puas hati pasal certain-certain thing, bermakna ada kelemahan yang perlu kita perbetulkan. Mungkin ada entri kita yang dah menyinggung sesetengah pihak atau tersalah fakta. So, jangan lah kita segan untuk minta maaf. Huhu

4. Ceria.
Mungkin korang tak perasan, bila kita ada haters, membuat kan kita bersemangat untuk berblogging. Malah mewujudkan suasana ceria dalam dunia blog. Diorang komen, kita balas, pastu ada orang backup, lawan balik. Kan lively tu?

5. Ambil berat.
Haters nie sebenarnya sayang kat kita, sebab tu lah dia sentiasa ambil berat pasal kita. Ambil tahu apa entri kita, apa kita buat. Diorang just nak cover yang sebenarnya diaorang nie lover ngan blog kita. Just tak nak mengaku. Huhuhu.

So, ada bagusnya bila ada haters, kadang-kadang bukan semua kita buat tu betul, tapi kena ingat satu benda, manusia tak boleh lari dari kesilapan dan kita kenalah sentiasa belajar dari kesilapan tu. Even kerajaan pun ada yang sokong dan ada yang tak sokong. Keseimbangan nie la yang membantu kita nanti....(^^,)

p/s - lepas nie banyak la anonymous dekat chat ngan komen aku,,hahaha.
p/s - tak payah search blog K.A.K.A.B yang aku mention kat atas, tak ada pun,,huhu

My 800th follower !!!

Salam readers semuaaaa,,,,huh,,penat brtul hari nie. Bukan buat apa pun. Johor Bahru dilanda panas terik dan membuatkan daku haus. Tapi entri kali khas untuk follower ku yang ke-800. Sedang berblogwalking, tengok-tengok dah 800 follower.Tahniah-tahniah. Thanks for being my 800th follower.

"Khai, kau cakap banyak tapi tak bagitahu pun siapa follower ke-800 ko..."

Ops, sorry-sorry. Lupa plak nak perkenalkan kat korang. Blogger yang aku maksudkan tu ialah CN a.k.a Cik Najwa. Dia kata dia koreanmaniac. Betul ke? Jom semua kawan-kawan kita terjah blog dia.

Oleh kerana Cik Najwa bertuah, Khai nak bagi award khas untuk anda. Ambil lah kalau mahu, ya. Just copy code yang ada kat bawah nie.

Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Jadi siapa nak jadi follower bertuah yang seterusnya? Ada sesiapa?

"Pergghh, habis tu aku nie follower biasa kau ke? nak award juga !!!"

Opss, nak juga ke? Ok lah, tu all my followers, siapa yang nak juga banner K.A.B nie, ambil la code kat bawah nie. Tapi lain sikit la dengan banner follower bertuah tu. Nie dia code nya...(^^,)

All followers :

Top 5 Google Extension !!!

Salam readers-readers ku semua,,,lama sangat dah tak update blog,, firstly nak minta maaf sebab tak approved komen, tak reply komen, tak jenguk blog korang,,, banyak sangat kerja nak kena buat. Tapi. start hari ini dah boleh mula berblogging balik. Hari ne aku nak reveal lima google extension yang sememangnya berbaloi untuk korang install.

1. Facebook Rounder
Bila korang install je extension nie, grafik facebook korang akan jadi lagi smart. Facebook rounder menukarkan semua benda yang berbentuk petak menjadi rounded rectangle. Apa? tak faham? Ok lah. Korang tengok lah image bawah nie.

nampak tak? semua jadi rounded rectangle

2. Hover Zoom
Extension nie memudahkan korang untuk view gambar-gambar kat facebook tu. Just lalukan mouse pointer korang kat gambar tu, nanti dia zoom. So, korang tak payah la nak klik kat gambar kecuali kalau nak komen kat situ. Bukan takat gambar kat wall jer, gambar kawan-kawan korang kat chat pun boleh. Memang smart. Ada beberapa laman web yang compatible dengan Hover Zoom nie selain facebook.

siap ada border putih lagi bila dia zoom

3. Facebook Invite All
Sebelum nie aku dah buat entri pasal extension nie. Extension nie memudahkan korang untuk buat event atau nak hantar mesej. Korang tak ayah nak tekan satu-satu, just tekan toggle all je. Korang boleh la pergi kat entri nie kalau nak tahu lebih lanjut. Cara-cara nak select all dalam facebook.

4. Facebook  Photo Theater Killer
Tahu tak Photo Theater tu apa? Bila korang tekan gambar kat facebook, gambar akan dikelilingi dengan border hitam dan sekeliling page akan 'dim' atau gelap. So, gambar akan nampak macam dekat wayang. Jadi kalau korang tak suka view yang macam tu, extension nie la yang sesuai. So, gambar akan di view macam yang lama punya.

5. SmoothScroll
Teringin tak rasa browser korang scroll macam Ipod? Haaa, kena la install extension nie. Memang smart. Lembut je bila korang scroll. Dah nama pun SmoothScroll. Hahaha.

"Semua extension facebook jer, Khai?"

Huhuhu. Blogger dan Facebook tak boleh dipisahkan. Extension nie membuatkan korang tak bosan bila online kat facebook. Tapi memang tip top la extension nie semua.

" Khai, mana nak dapat extension nie semua?"

Hmm, aku dah pun sediakan link kat bawah nie, korang just install jer. Tapi jangan lupa satu benda, make sure korang ada browser Google Chrome la. Huhuhu...(^^,)

1. Facebook Rounder......................disini
2. Hover Zoom................................disini
3. Facebook Invite All.....................disini
4. Facebook Photo Theater Killer....disini
5. SmoothScroll...............................disini

credit to - Firdauz Amon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...