Best Blogger Tips

Siapa yang lakon watak Merong Mahawangsa tu?

Salam readers semua,,,sekarang nie semua blogger cerita pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Aku pun tak terkecuali. Tapi kali nie aku tak nak la cerita pasal sinopsis, review atau rating cerita tu. Tapi aku nak tanya korang,  korang tengok sampai dua tiga kali cerita tu, korang kenal tak siapa yang pegang watak Merong Mahawangsa tu? Siapa yang jadi Prince Rome tu? Princess China, Kamawas, Embuk atau Pak Kesum semua tu korang kenal tak? ke ada niat lain nak tengok Merong tu? majoriti perempuan nak tengok Merong sebabbb....

"Weeeyy, kacak nye Merong Mahawangsa, kan best kalau dapat jadi Embuk !!"

Hahaha. aku dah agak dah. Siapa yang tengok cerita HMM sebab nak tahu sejarah lampau? Tak ada. Semua ada sebab lain. Aku just nak introduce kat korang pemegang watak-watak hebat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kita mula dari hero la ea...

Merong Mahawangsa
Nama sebenar pelakon nie ialah Stephen Rahman Hughes. Dia nie sebenarnya pelakon teater muzikal yang memegang watak Hang Tuah dalam cerita Puteri Gunung Ledang. Makna nya dia nie bukan setakat pelakon, malah penyanyi juga. Siapa yang rajin tengok teater muzikal kenal la dia. Aku sekali pun tak pernah tengok teater. Huhuhu.

Stephen Rahman Hughes

Putera Marcus Carprenius
Pelakon berambut emas nie bernama Gavin Stenhouse. Walaupun wataknya nampak seperti seorang putera yang lemah dan lembik, di akhir cerita, Putera Marcus menunjukkan seni mempertahankan diri yang hebat. Gaya kungfu pun ada tu !!!

Gavin Stenhouse

Laksamana Liu Yun
Pemegang watak ini ialah Craig Robert Fong. Tak banyak yang boleh dikatakan pasal dia nie. Tak tahu sama ada dia masih baru atau sudah lama dalam dunia lakonan. Tetapi lakonanya biasa saja.

Craig Robert Fong

Puteri Meng Li-Hua
Watak puteri cantik ini dipegang oleh gadis kelahiran China iaitu Jang Lusi. Dia nie bukan calang-calang orang tau. Dia sebenarnya pelajar pintar kursus Undang-undang di Kolej Universiti Landon tapi jadi pelakon. Kalau dah cantik, jadi apa pun orang nak. Betul tak?

Jang Lusi

Pak Kesum
Dia nie memang semua orang kenal. Dato' Rahim Razali memang sudah lama dalam seni lakonan nie. Sering kali membawa watak sebagai orang yang tenang meyebabkan watak Pak Kesum amat sesuai dengannya.

Dato' Rahim Razali

Embuk
First time aku kenal dia nie masa dalam filem Nur Kasih. Ummi Nazeera merupakan pelakon muda yang berbakat dalam lakonan. Walaupun watak Embuk nie hanya sekejap, tetapi Ummi Nazeera dapat membawa wataknya dengan baik.

Ummi Nazeera


Taji
Nie la dia Tok Guru jahat, Taji yang dilakonkan oleh Wan Hanafi Su. Wan Hanafi Su juga merupakan seteru Dato' Rahim Razali dalam dunia lakonan. Wan Hanfi memang sesuai dengan watak jahat nie, dengan mukanya yang ala-ala bengis tu, berjaya membuatkan penonton membencinya. Huhuhu.

Wan Hanafi Su

Kamawas
Watak super-jahat nie dilakonkan oleh Khir Rahman. Khir Rahman siapa tak kenal? Dia nie selalunya berlakon cerita lawak. Tiba-tiba kali nie jadi watak serius. Tapi aku memang tak boleh nak tengok muka dia, rasa nak gelak jer. Hahaha. Apa-apa pun dilakukan good job.

Khir Rahman

Sekarang dah kenal watak-watak kesayangan korang? Siapa yang tak tengok lagi cerita nie? pergi la tengok. Aku dah tengok dan sekarang nie tengah tunggu Nur Kasih The Movie pula... Tak sabar nyerr.....(^^,)

9 pendapat:

beaty said... Best Blogger Tips

Wah merong meamng handsome la..suka la watak embuk ni

~SyAhIrAh~ said... Best Blogger Tips

same like me! waiting for Nur Kasih pulak!=)

salemaziz said... Best Blogger Tips

si merong ni ade dalam cite los and faun kan? hehe

cik_zetty said... Best Blogger Tips

cerita nie best tapi paling suke watak putera tu sebab hensem, untung kalau jadi princess cina tu hahahah

akmal said... Best Blogger Tips

ramai ckp citer ni best, betul ka? ntah bila la ada peluang nk tgk, bz kot. haha

faiz said... Best Blogger Tips

tak tgk citer ni...xtgk lagi

Mutiara Bernilai said... Best Blogger Tips

tringinnye nak tengok...

xsabo!

Khai Rul said... Best Blogger Tips

salemaziz : ha r kalo x silap r,,yg rmbut oren tu kan?

all : jom tengok HMM

Eel Eliyanto Kaudan said... Best Blogger Tips

Assalamu'alaikum....
Saya ini Berasal dari Indonesia.
tapi untuk Menonton Film saya juga tidak lepas dari Film Malaysia. tapi saya heran lah. di Film ini kebanyakan Pelakon nya Keturunan Campuran..seperti Impor pelakon..boleh x di jelaskan di Postingan selanjut nya kak..


Salam Ukhwah...Menjalin silaturahmi antara sesama bloger...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...