Best Blogger Tips

Lima Laman Download Wallpaper Terbaik !!!

Salam kepada peneroka entri di luar sana. Tak sempurna sesebuah pc tanpa wallpaper-wallpaper yang mantap dan stylish. Jadi entri kali ini, Khai nak listkan lima laman yang menyediakan himpunan wallpaper PC yang mantap dan padu.

1. Jootix
Laman ni sememangnya port bagi penggemar wallpaper. Wallpaper boleh di download pelbagai saiz. Majoriti wallpaper adalah dalam HD.

 2. Socwall
Walaupun template website hampir sama dengan jootix, tapi pilihan wallpaper agak kurang sedikit. Kebanyakkan wallpaper ialah pelik, tiada pilihan saiz tapi HD.


3. DeviantART
Website ini bukan sahaja menyediakan wallpaper, malah turut menyediakan themes window, logo-logo window yang unik. Semuanya ialah hasil karya uploader-uploader yang rajin mengvariasikan window untuk mencari kelainan.


4. InterfaceLIFT
Konsep yang dibawa lebih kurang DevianART. Wallpaper yang disediakan sememangnya cantik kerana majoritinya adalah scenery wallpaper. Lebih menarik lagi, siap ada penerangan lengkap untuk setiap gambar walaupun rasanya ia tidak perlu. Haha.


5. Google Image
Tempat paling berkesan nak cari wallpaper, sebab ni bukan website, tapi laman carian. So, himpunan wallpaper, gambar, ikon dari seluruh galaksi ada. Mudah, mantap, berjuta pilihan, berpuluh saiz. Cuma taip sahaja keyword wallpaper yang kita nak. Kadang-kadang taip nama sendiri pun ada gambar. Hehehe.

simpati bagi yang tak tahu Google Image..haha

Ada berpuluh lagi laman menyediakan wallpaper yang menarik, tapi ini sahaja yang menjadi pilihan Khai. Jadi kalau korang ada laman yang lebih mantap dan padu, boleh berkongsi bersama. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk disimpan. (^^,)

Lagu Dan Blog Tidak Akan Seirama !!!

Salam kepada para pembaca di luar sana. Mungkin ramai yang tidak faham dengan tajuk yang cuba Khai sampaikan. Sudah menjadi trend sesetengah blogger memasang lagu pada blog mereka, bahkan ada berpuluh tutorial untuk pasang lagu pada blog. Memang menarik bila ada lagu pada blog, boleh layan lagu sambil baca entri-entri........tapi........ kalau lagu pelik-pelik, macam mana?


Jadi Khai nak nyatakan kelemahan meletakkan lagu pada blog korang :

1. Slow Loading
Agak leceh untuk buka blog yang ada lagu ni. Masa yang diambil untuk load blog agak lama. Mungkin tiada masalah bagi pengguna modem internet, tapi tidak bagi pengguna broadband. Tak sampai sebulan broadband dah limit kerana kerap membaca blog-blog berlagu. Akibatnya, pembaca akan skip sahaja blog korang tanpa singgah pun.

2. Lagu Yang Annoying
Ada juga blogger yang meletakkan lagu-lagu yang entah dari mana asal usulnya. Tengah sedap-sedap meneroka blog, WAAAAAAAAAAAAAA!!!! Lagu dia mula main. Lirik pertama lagu dia ialah menjerit sepenuh hati. Hahaha. Terkejut omak. Memang nak bagi surprise ke?

3. No Pause
Lebih sakit hati dan memedihkan apabila lagu yang dipasang tiada embed player untuk kita pause lagu tesebut. Sering berlaku semasa blogwalking, apabila buka tiga empat blog serentak, dan kesemuanya ada lagu, tak boleh pause. Terpaksalah restart browser dan baca blog lain.

4. My Blog My Song
Ada juga yang cakap, "Blog aku, suka hati aku la nak letak lagu ke, apa ke". Memang betul itu blog korang, so jadikan blog sebagai private. Jangan gelarkan diri sebagai blogger. Sendiri tulis, sendiri share, sendiri baca. Sekian.

Jadi, matangkan blog kita. Pembaca tak kan bising kalau tiada lagu, mereka pembaca, bukan pendengar. Tiada kekangan bagi yang masih nak letak lagu. Masing-masing ada hak. Rambut sama hitam, panjang lain-lain. Hanya memberi pendapat sebagai pembaca. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan disimpan. (^^,)

NuffnangX Dunia Baru Blogger !!!

Salam kepada readers diluar sana. Kali ini Khai nak berkongsi tentang sebuah laman sosial blogger iaitu NuffnangX. Dilancarkan pada 18 September 2012 yang lepas, NuffnangX pasti menjadi sebuah dunia baru bagi para blogger. Apa yang lebih menarik lagi, NuffnangX ni bukan sahaja laman web sosial, malah turut disediakan aplikasi NuffnangX bagi para pengguna smartphone tegar.

"Macam mana nak daftar NuffnangX nie, Khai?"

Laa, bukannya susah pun. Mendaftar di NuffnagX semudah ABC disini. Tidak jauh beza dengan laman sosial Facebook dan Twitter, Nuffnang X memudahkan lagi readers mengikuti perkembangan Blog mahupun Website yang telah mereka follow. Aplikasi NuffnangX pula digunakan bagi kedua-dua pengguna Android mahupun iOS. So, lepas ni korang tak perlu la buka browser dan search satu-satu blog kegemaran korang. Just log in ke NuffnangX. Senangkan?

Aplikasi NuffnangX


Jadi kepada yang sudah mendaftar NuffnangX boleh la follow blog ni. Just tekan SINI. Jika korang masih lagi kurang paham apa itu NuffnangX ataupun nak tahu lebih lanjut lagi, ikuti video dibawah. Ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan. (^^,)


p/s - kredit to blog.nuffnang.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...