Best Blogger Tips

Lima Laman Download Wallpaper Terbaik !!!

Salam kepada peneroka entri di luar sana. Tak sempurna sesebuah pc tanpa wallpaper-wallpaper yang mantap dan stylish. Jadi entri kali ini, Khai nak listkan lima laman yang menyediakan himpunan wallpaper PC yang mantap dan padu.

1. Jootix
Laman ni sememangnya port bagi penggemar wallpaper. Wallpaper boleh di download pelbagai saiz. Majoriti wallpaper adalah dalam HD.

 2. Socwall
Walaupun template website hampir sama dengan jootix, tapi pilihan wallpaper agak kurang sedikit. Kebanyakkan wallpaper ialah pelik, tiada pilihan saiz tapi HD.


3. DeviantART
Website ini bukan sahaja menyediakan wallpaper, malah turut menyediakan themes window, logo-logo window yang unik. Semuanya ialah hasil karya uploader-uploader yang rajin mengvariasikan window untuk mencari kelainan.


4. InterfaceLIFT
Konsep yang dibawa lebih kurang DevianART. Wallpaper yang disediakan sememangnya cantik kerana majoritinya adalah scenery wallpaper. Lebih menarik lagi, siap ada penerangan lengkap untuk setiap gambar walaupun rasanya ia tidak perlu. Haha.


5. Google Image
Tempat paling berkesan nak cari wallpaper, sebab ni bukan website, tapi laman carian. So, himpunan wallpaper, gambar, ikon dari seluruh galaksi ada. Mudah, mantap, berjuta pilihan, berpuluh saiz. Cuma taip sahaja keyword wallpaper yang kita nak. Kadang-kadang taip nama sendiri pun ada gambar. Hehehe.

simpati bagi yang tak tahu Google Image..haha

Ada berpuluh lagi laman menyediakan wallpaper yang menarik, tapi ini sahaja yang menjadi pilihan Khai. Jadi kalau korang ada laman yang lebih mantap dan padu, boleh berkongsi bersama. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk disimpan. (^^,)

Lagu Dan Blog Tidak Akan Seirama !!!

Salam kepada para pembaca di luar sana. Mungkin ramai yang tidak faham dengan tajuk yang cuba Khai sampaikan. Sudah menjadi trend sesetengah blogger memasang lagu pada blog mereka, bahkan ada berpuluh tutorial untuk pasang lagu pada blog. Memang menarik bila ada lagu pada blog, boleh layan lagu sambil baca entri-entri........tapi........ kalau lagu pelik-pelik, macam mana?


Jadi Khai nak nyatakan kelemahan meletakkan lagu pada blog korang :

1. Slow Loading
Agak leceh untuk buka blog yang ada lagu ni. Masa yang diambil untuk load blog agak lama. Mungkin tiada masalah bagi pengguna modem internet, tapi tidak bagi pengguna broadband. Tak sampai sebulan broadband dah limit kerana kerap membaca blog-blog berlagu. Akibatnya, pembaca akan skip sahaja blog korang tanpa singgah pun.

2. Lagu Yang Annoying
Ada juga blogger yang meletakkan lagu-lagu yang entah dari mana asal usulnya. Tengah sedap-sedap meneroka blog, WAAAAAAAAAAAAAA!!!! Lagu dia mula main. Lirik pertama lagu dia ialah menjerit sepenuh hati. Hahaha. Terkejut omak. Memang nak bagi surprise ke?

3. No Pause
Lebih sakit hati dan memedihkan apabila lagu yang dipasang tiada embed player untuk kita pause lagu tesebut. Sering berlaku semasa blogwalking, apabila buka tiga empat blog serentak, dan kesemuanya ada lagu, tak boleh pause. Terpaksalah restart browser dan baca blog lain.

4. My Blog My Song
Ada juga yang cakap, "Blog aku, suka hati aku la nak letak lagu ke, apa ke". Memang betul itu blog korang, so jadikan blog sebagai private. Jangan gelarkan diri sebagai blogger. Sendiri tulis, sendiri share, sendiri baca. Sekian.

Jadi, matangkan blog kita. Pembaca tak kan bising kalau tiada lagu, mereka pembaca, bukan pendengar. Tiada kekangan bagi yang masih nak letak lagu. Masing-masing ada hak. Rambut sama hitam, panjang lain-lain. Hanya memberi pendapat sebagai pembaca. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan disimpan. (^^,)

NuffnangX Dunia Baru Blogger !!!

Salam kepada readers diluar sana. Kali ini Khai nak berkongsi tentang sebuah laman sosial blogger iaitu NuffnangX. Dilancarkan pada 18 September 2012 yang lepas, NuffnangX pasti menjadi sebuah dunia baru bagi para blogger. Apa yang lebih menarik lagi, NuffnangX ni bukan sahaja laman web sosial, malah turut disediakan aplikasi NuffnangX bagi para pengguna smartphone tegar.

"Macam mana nak daftar NuffnangX nie, Khai?"

Laa, bukannya susah pun. Mendaftar di NuffnagX semudah ABC disini. Tidak jauh beza dengan laman sosial Facebook dan Twitter, Nuffnang X memudahkan lagi readers mengikuti perkembangan Blog mahupun Website yang telah mereka follow. Aplikasi NuffnangX pula digunakan bagi kedua-dua pengguna Android mahupun iOS. So, lepas ni korang tak perlu la buka browser dan search satu-satu blog kegemaran korang. Just log in ke NuffnangX. Senangkan?

Aplikasi NuffnangX


Jadi kepada yang sudah mendaftar NuffnangX boleh la follow blog ni. Just tekan SINI. Jika korang masih lagi kurang paham apa itu NuffnangX ataupun nak tahu lebih lanjut lagi, ikuti video dibawah. Ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan. (^^,)


p/s - kredit to blog.nuffnang.com

Cara install PESEdit Patch 1.0 PES 2013

Salam kepada para pembaca,pada 20 September 2012 yang lepas, KONAMI telah pun mengisytiharkan PES 2013 telah release secara official. Bagi peminat game ni, PES 2013 sememangnya terbaik dan banyak aspek yang telah diperbaiki contohnya : pemain pertahanan bermain dengan lebih baik, master league lebih mudah untuk dimainkan tidak seperti PES 2012 yang leceh, dan banyak lagi. Interface pada menu sememangnya cantik tapi bukan pada interface match setting.


"Tapi Khai, tak best la main guna player pelik-pelik, kits pun mengarut jer."

Bagi menjadikan PES 2013 lebih menarik dan sama seakan dunia nyata, aku cadangkan install PESEdit patch 1.0. Patch ni mengedit semula senarai pemain, logo, jersey pasukan, rating pemain kepada yang paling latest. Antara basic feature ialah:

- Added Arminia Bielefeld & BATE Borisov.
- Full Bundesliga & 2. Bundesliga.
- Correct kits for all Premier league & Liga ZON Sagres teams + Argentina, Brazil, Colombia, Netherlands, South Korea, Uruguay.
- Corrected names for fake players in unlicensed National teams and ML unlockable players.
- Fixed kits for a lot teams include Barcelona, Manchester united & Sevila.
- Includes first DLC.
- Removed blur

"So, macam mana install PESEdit Patch ni ?"

Semudah ABC, mula-mula download installer PESEdit patch 1.0, link aku sediakan di bawah. Extract file menggunakan winrar.Kemudian click pada intaller. INstall patch dan siap untuk dimainkan. Namun, tidak 100% player ada seperti squad sebenar, kerana DLC pertama ni hanya melimitkan beberapa player, so hanya sedikit yang boleh diedit. Tunggu je la DLC baru yang akan KONAMI keluarkan tak lama lagi.


Interface match setting yang agak pelik dan tak menarik.

Jadi kalau ada yang masih tak faham, blur, atau nak bertanyakan soalan, boleh komen pada post ni. PES 2013 boleh download di torrent atau beli di kedai-kedai game. Jika ada yang tak dapat download patch melalui link yang aku bagi, sila cari kat torrent, dah ada. (^^,)

Download link:

Diam bukan berhenti !

Salam kepada readers, pembuka bicara pertama setelah hampir dua tahun. Kenapa tiba-tiba jadi ayat novelis ni? Hahaha. Ok lah, setelah lama aku tenggelam dalam kesibukan, akhirnya dapat juga aku memulakan semula minat berblogging. Agak kekok dengan interface baru dashboard blogspot yang nampak semakin maju , smooth dan mudah. Nuffnang pun dah berubah. Rasa macam baru je jadi blogger. Haha. Walaupun agak lama aku 'terkulai layu', aku still mengikuti blog-blog yang keep step forward. Big clap untuk diorang. Ada yang dulu merangkak, sekarang dah berlari. Ada yang dulu berlari, sekarang tersungkur. Ada pula yang belum sempat nak berjalan dah tersungkur, aku la tu. Hahaha.


Aku juga nak minta maaf kepada sesiapa yang ada bagi komen atau bertanyakan soalan dekat post sepanjang dua tahun ni yang aku tak jawab sebab aku ada kekangan, halangan, konflik, batasan, sekatan terhadap masa. Jadi setelah mula berjinak semula, aku akan lebih aktif melayan pembaca. Belasan juta terima kasih kepada yang masih menyokong blog ini untuk aktif semula dan yang membaca sepanjang dua tahun lepas. Apa pun, terima kasih sekali lagi. (^^,)


# Belum rasa rajin nak tukar template (^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...