Best Blogger Tips

3 Asas untuk download torrent menjadi pantas !!!

Salam readers-readers semua. Lepas cuti ni Khai tahu, ramai yang dah plan macam-macam. Ada yang nak kerja, ada yang nak tidur je, ada yang nak download macam-macam movie, ada yang nak kahwin. Hahaha. Tapi hari nie nak share satu informasi best. Selalu tak korang download movie menggunakan software torrent?


"Torrent? Apa tu?"

Torrent nie satu fail yang disediakan tracker(url web) lebih dari satu source. Software torrent membolehkan korang men-download fail-fail besar menggunakan alamat torrent yang perlu di-download terlebih dahulu.  Biasanya student gunakan software torrent untuk download movie-movie baru, game baru, download software-software yang besar macam Adobe Photoshop dan sebagainya. Tapi tahu tak cara nak lajukan torrent korang? Ada orang download movie 1.5 gigabyte dalam masa 5 jam tapi ada pula yang ambil masa 3 hari. So, apa masalahnya?

1. Pilih software torrent yang terbaik.
Terdapat macam-macam jenis software torrent yang ada di Internet. Contohnya, uTorrent, BitComet, LimeWire, Vuze dan macam-macam lagi. Terpulang la pada korang nak guna yang mana pun. Setiap software ada kelebihan dan ada keemahan. So, kaji dulu.


2. Pilih seeders tertinggi.
Perasan tak, semasa korang pilih fail, ada dekat hujung table tulis 'seeds' dan leechers' ? Seeder bermaksud orang yang dah download penuh fail tu, leechers pula orang yang download tak habis sesuatu fail. Leechers akan jadi seeders bila dia dah download fail tu sepenuhnya. So, korang kenalah cari fail yang mempunyai seeders yang tinggi. Bila seeder tinggi, bermakna fail tu ada diserata laman sesawang, so, lebih mudah software torrent nak download bila ada banyak source.

Nilai seeds boleh mencecah ribu-riban

3. Edit torrent tracker.
Software torrent mendownload sesebuah fail berdasarkan tracker(url laman web) yang sudah di-listkan. Semakin banyak tracker, semakin cepat la dia download sebab banyak sumber kan. So, korang carilah kat google, list of torrent tracker. Copy dan paste di torrent properties. Tak faham. Kita ambil uTorrent sebagai contoh. Lihat bawah.




Sebenarnya ada banyak lagi yang perlu korang adjust dekat setting sotware torrent tu, tapi Khai susah nak explain sebab lain PC lain IP adressnya, lain rooter lain portnya. Yang penting korang tahu basic setting yang perlu ada semasa menggunakan torrent. Hope this info berguna kepada para pengguna torrent. Jika ada info tambahan, share lah dengan Khai,,,,(^^,)

7 pendapat:

shandye. said... Best Blogger Tips

setuju!

mula2 dulu tak berapa reti jugak nk download pakai torrent nih. tapi kawan ajar pasal seeders n leechers baru faham.

sekarang ni laju je download series dari us dan uk. tengok jauh lebih terdahulu daripada apa yg disiar kat astro. hahaha...

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku cadangkan guna bitcomet..tak payah setting pun boleh laju..download torrent pulak aku cadangkan kat thepiratebay.org (^_^)

Unknown said... Best Blogger Tips

baguih naa :)

Wanie a.k.a Wafau said... Best Blogger Tips

wah...sy guna bitcomet tp tak tau nak setting bg laju..mcam lembap je..hehe..thanks 4 da info btw..=)

NurWahidah Abdullah said... Best Blogger Tips

owh..slalu khai guna software torrent yg mana dr yg kat atas tu...

Khai Rul said... Best Blogger Tips

@najihatussolehah : Khai guna uTorrent sebab ianya lebih mudah,,,(^^,)

Lin said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum,,, tanya lau nk copy korean drama nyer torrent tracker lak mcm ane? Ke dy mmg apply tuk sume ek, kira universal lar torrent tracker 2?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...