Best Blogger Tips

5 Perkara penting sebelum beli laptop !!!

Salam semua, hari nie nak share sikit pasal tips-tips nak beli laptop yang memuaskan hati. Banyak sangat Khai dah dengar pasal orang yang kena tipu masa beli laptop. Beli laptop RM2300, tapi spesifikasi cap ayam. Sebenarnya senang jer nak elak dari kena tipu.


"Nak buat macam mana, Khai?"

Ada lima perkara pentig sebelum korang beli laptop, Khai sendiri pun ambil masa sebulan lebih sebelum beli, dan puas hati sampai sekarang. Ok lah, kita straight to the point.

1. Duit.
Aspek paling basic sebelum beli laptop, mestilah budget korang. Jangan main hentam jer nak beli Alienware tapi dalam poket ada RM1000 jer. Buat pilihan yang seiring dengan budget korang. Jangan mudah percaya bila ditawarkan laptop canggih dengan harga murah. Biar kita kalah membeli, tapi menang memakai. Lagi satu, jangan ayik tengok free gift yang dia nak bagi. Tak penting pun free gift dia.

2. Spesifikasi.
Penting untuk kita tahu spesifikasi laptop yang kita nak beli. Kalau boleh sebelum beli laptop, target dua laptop yang korang paling minat. Lepas tu compare kan kelebihan dan kelemahan dia. Macam laptop Khai, grafik kad bagus tapi kapasiti hard disk kecil je. Khai tak kesah hard disk kecil sebab boleh beli external hard disk kan. So, kalau korang jenis yang minat software, cari la laptop yang bagus RAM dengan Processor dia.

3. Jenama.
Jenama sebenarnya tak penting sangat. Tapi korang kena ambil tahu. Lain jenama lain servisnya. Tak paham? Ada jenama yang famous, tapi senang sangat rosak. Khai tak nak la sebut jenama apa. Ada pula jenama yang cantik tapi rendah spesifikasi. Semunya bergantung kepada keselesaan korang. Kalau boleh, carilah jenama laptop yang dah kukuh dalam pembuatan laptop. Nie pegi beli jenama yang bukan-bukan. Tapi kalau korang nak laptop yang sempurna segalanya, Alienware la jalan mudah. Minimum budget untuk Alienware, RM7000. Cukup tak duit? Huhuhu.

4. Periksa Window Experience Index.
Sebelum beli laptop, cek dulu nilai Window Experience Index laptop tu. Apa? Tak tahu Window Experience Index tu apa? benda nie haa. 


Make sure score dia dalam 5.0 ke atas. Baru korang puas hati. Window 7 menggunakan Aero effect untuk display yang lebih cantik. So, kalau score korang dah tinggi walaupun dah enable Aero effect, memang laju la laptop korang. Jangan lupa, Window Experience Index.

5. Keselesaan.
Penting keselesaan nie. Keselesaan nie pun bergantung kepada korang. Contohnya, korang nie gamers, tapi beli laptop grafik kad cap ayam, buat sakit hati jer. Korang pengguna Windows tapi beli Mac. Memang menangis nak belajar. Korang dah ada laptop, tapi beli lagi satu, tu lagi la teruk, hahaha. Kalau boleh guna la yang original. Tak payah beli yang underground nie. Nanti asyik rosak jer, leceh.

So, dah tahu kan sekarang? Beli laptop bukan macam beli handphone. Handphone korang boleh main tukar-tukar. Tak kan la laptop korang tukar tiap-tiap bulan. Lainlah kalau korang kaya. Huhuhu. Jadi kalau korang pun ada tips yang bagus boleh la share kat komen ya,,,(^^,)

8 pendapat:

cik_hani said... Best Blogger Tips

bro..utk student lappy apa yg sesuai?da cdangan tak?^^ tenkiu.

Khai Rul said... Best Blogger Tips

kalu utk student,,Khai prefer lapop yang ada processor yang latest la...snang nak wat kerja,,x lag,,(^^,)

cIk JanNah said... Best Blogger Tips

saya punya laptop dah usia dekat 7tahun. nak tukar tapi asyik tak mampu jer. eh bukan nak tggu org belikan kot. hehee

:)

Farhana Jafri said... Best Blogger Tips

thanks share info ni.. tym beli laptop dlu rse ny kne tipu gax.. bateri pttny 8 jam tp bile dh beli bteri than 4 jam.. ceitt.. pastu ad yg hilang.. nsib yg basic boleh gune..

jemput singgah ANASAURUS :)

nana riduwan said... Best Blogger Tips

cm tau2 je nana ngah survey lappy en??
neway..suggest leh x??
budget 1600..

p/s :jomm join 1st GA nana jgk..

touya said... Best Blogger Tips

1. Pergi ke youtube kendian type nama laptop + review .Contoh Alienware M17x Review
2.Tengok dekat komen-komen di youtube.
3.8 jam tak bermakna akan tahan 8 jam . Bergantung pada kegunaan . Biasanya 8 Jam tu untuk minima user .
4. Untuk gamers rasanya lebih baik beli desktop jer . i7 punya spec baru 2000 (sendiri pasang)

shandye. said... Best Blogger Tips

buat la tutorial cemana nk cari dan dapatkan nilai Windows Experience Index tu kat blogger yg tak tahu sangat pasal selok-belok komputer ni.

btw, laptop acer aspire 4530 aku ada index 5.9 mcm dalam gambar tu. kira ok la kan?

aku bukannya buat heavy graphic designing atau coding mende2 sngt pun. just keje2 biasa menaip n whatnot je. asal dapat main plants vs zombie sudeh. hahaha...

Anonymous said... Best Blogger Tips

salamm,,nape tetibe je bila cas laptop baterinye sampai 85% jek?xsampai full,,,nape ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...