Best Blogger Tips

Lagu Dan Blog Tidak Akan Seirama !!!

Salam kepada para pembaca di luar sana. Mungkin ramai yang tidak faham dengan tajuk yang cuba Khai sampaikan. Sudah menjadi trend sesetengah blogger memasang lagu pada blog mereka, bahkan ada berpuluh tutorial untuk pasang lagu pada blog. Memang menarik bila ada lagu pada blog, boleh layan lagu sambil baca entri-entri........tapi........ kalau lagu pelik-pelik, macam mana?


Jadi Khai nak nyatakan kelemahan meletakkan lagu pada blog korang :

1. Slow Loading
Agak leceh untuk buka blog yang ada lagu ni. Masa yang diambil untuk load blog agak lama. Mungkin tiada masalah bagi pengguna modem internet, tapi tidak bagi pengguna broadband. Tak sampai sebulan broadband dah limit kerana kerap membaca blog-blog berlagu. Akibatnya, pembaca akan skip sahaja blog korang tanpa singgah pun.

2. Lagu Yang Annoying
Ada juga blogger yang meletakkan lagu-lagu yang entah dari mana asal usulnya. Tengah sedap-sedap meneroka blog, WAAAAAAAAAAAAAA!!!! Lagu dia mula main. Lirik pertama lagu dia ialah menjerit sepenuh hati. Hahaha. Terkejut omak. Memang nak bagi surprise ke?

3. No Pause
Lebih sakit hati dan memedihkan apabila lagu yang dipasang tiada embed player untuk kita pause lagu tesebut. Sering berlaku semasa blogwalking, apabila buka tiga empat blog serentak, dan kesemuanya ada lagu, tak boleh pause. Terpaksalah restart browser dan baca blog lain.

4. My Blog My Song
Ada juga yang cakap, "Blog aku, suka hati aku la nak letak lagu ke, apa ke". Memang betul itu blog korang, so jadikan blog sebagai private. Jangan gelarkan diri sebagai blogger. Sendiri tulis, sendiri share, sendiri baca. Sekian.

Jadi, matangkan blog kita. Pembaca tak kan bising kalau tiada lagu, mereka pembaca, bukan pendengar. Tiada kekangan bagi yang masih nak letak lagu. Masing-masing ada hak. Rambut sama hitam, panjang lain-lain. Hanya memberi pendapat sebagai pembaca. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan disimpan. (^^,)

7 pendapat:

aimanayie said... Best Blogger Tips

Indeed!


*btw, word verification tu, hehe, macam dah tak perlu since kamu moderate comments :D *just saying *actually dah slah 3 kali -..-

Khai Rul said... Best Blogger Tips

@Aiman Ayie betul2, saya baru perasan..tq

Kamsiah yusoff said... Best Blogger Tips

salam
akak terus blah kalau blog yg ada lagu...kejam,kan...

Miss Zahirah said... Best Blogger Tips

trus pangkah blog yg ade lagu + lmbt loading!

kukiskacangmerah said... Best Blogger Tips

yess ! saya setuju sesangat ! :D

aienzunnur said... Best Blogger Tips

kan?

kena volume lappy tgh high.maw trkejut ha.

Unknown said... Best Blogger Tips

betul2. load lambat sgt kot. terutama yg jenis player dekat atas/bawah blog. -____-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...