Best Blogger Tips

Lima Laman Download Wallpaper Terbaik !!!

Salam kepada peneroka entri di luar sana. Tak sempurna sesebuah pc tanpa wallpaper-wallpaper yang mantap dan stylish. Jadi entri kali ini, Khai nak listkan lima laman yang menyediakan himpunan wallpaper PC yang mantap dan padu.

1. Jootix
Laman ni sememangnya port bagi penggemar wallpaper. Wallpaper boleh di download pelbagai saiz. Majoriti wallpaper adalah dalam HD.

 2. Socwall
Walaupun template website hampir sama dengan jootix, tapi pilihan wallpaper agak kurang sedikit. Kebanyakkan wallpaper ialah pelik, tiada pilihan saiz tapi HD.


3. DeviantART
Website ini bukan sahaja menyediakan wallpaper, malah turut menyediakan themes window, logo-logo window yang unik. Semuanya ialah hasil karya uploader-uploader yang rajin mengvariasikan window untuk mencari kelainan.


4. InterfaceLIFT
Konsep yang dibawa lebih kurang DevianART. Wallpaper yang disediakan sememangnya cantik kerana majoritinya adalah scenery wallpaper. Lebih menarik lagi, siap ada penerangan lengkap untuk setiap gambar walaupun rasanya ia tidak perlu. Haha.


5. Google Image
Tempat paling berkesan nak cari wallpaper, sebab ni bukan website, tapi laman carian. So, himpunan wallpaper, gambar, ikon dari seluruh galaksi ada. Mudah, mantap, berjuta pilihan, berpuluh saiz. Cuma taip sahaja keyword wallpaper yang kita nak. Kadang-kadang taip nama sendiri pun ada gambar. Hehehe.

simpati bagi yang tak tahu Google Image..haha

Ada berpuluh lagi laman menyediakan wallpaper yang menarik, tapi ini sahaja yang menjadi pilihan Khai. Jadi kalau korang ada laman yang lebih mantap dan padu, boleh berkongsi bersama. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk disimpan. (^^,)

1 pendapat:

Nurul Izzah Razaman said... Best Blogger Tips

Saya senang-senang guna google image je mhhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...