Best Blogger Tips

Bagaimana korang balas jasa ibu ?

Salam semua, hari nie Khai nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada para-para ibu diseluruh dunia. Kecuali ibu ayam (kata Terompah Caring). Hahaha. Kalau nak cerita pasal Ibu nie, memang besar pengorbanan diorang. Semua orang boleh jawab kalau ditanya pengorbanan mereka, tapi Khai nak tanya sikit, apa yang korang semua buat sempena Hari Ibu nie?


"Khai, aku belikan mak aku kek !!"
"Aku bawa mak aku pergi melancong kat Langkawi !!"
"Aku tukar profile picture fb aku dengan gambar mak aku !!"

Hahaha. Macam-macam korang buat untuk menunjukkan rasa kecintaan korang, tapi berbaloi ke semua tu? Cukupkah sekadar buat parti atau hadiah jam tangan emas? Cukupkah sekadar tukar profile picture dan post lagu nasyid bertemakan ibu? Tak berbaloi, tak berbaloi. Sebenarnya bukan itu yang ibu korang harapkan. Bukan harta benda yang menjadi idaman. Korang tak perlu nak wish-wish Happy Mother's Day hari nie. Membazir jer.

"Haa? Kau tak sayang mak kau ke, Khai?"

Korang bagi wish dan hadiah bila Mother's Day jer ke? Tak terbeli sebenarnya harta benda kalau nak dibandingkan dengan jasa ibu korang. Sepatutnya kita sebagai anak, hari-hari tunjuk kan kasih kita, hari-hari kita kena bantu ibu kita. Kenapa? Sebab itu memang tanggungjawab kita. Semua orang pandai cakap, "Syurga di bawah tapak kaki ibu", tapi tak semua mengejar syurga itu. Kadang-kadang kita buat tak endah jer kalau ibu kita suruh sesuatu, tapi bila ibu kita dah tak ada nanti macam mana? Apa yang ibu korang mahu adalah doa daripada anak yang soleh, kerana itulah yang akan membantu mereka diakhirat kelak. Minta maaf dari ibu korang jika ada kesilapan yang korang lakukan. Kadang-kadang kata-kata kita sudah cukup untuk melukakan ibu kita kerana lidah itu ibarat pedang.

"Khai nie cakap jer pandai, buat tak pun..."

Aku just luahkan apa yang patut dan aku juga menasihati diri aku sendiri dan pembaca-pembaca semua. Kita semua manusia, tak boleh lari dari kesilapan. Pernah korang rasa apa yang anak-anak yatim rasa? Ibu itu permata. Hargailah ketika mereka masih ada, bukannya menangis apabila kita kehilangannya. Kita kena ingat, siapalah kita tanpa mereka...(^^,)


6 pendapat:

Freaky said... Best Blogger Tips

x pernah bagi hadiah kat mak. tapi selalu dengar cakap mak :)

fiq. said... Best Blogger Tips

jom la masak2 untuk mak, lagi mudah dan best.

EZAN IDMA said... Best Blogger Tips

kali ni tade yg special. cume rase nak pelok mak kuat2 je. haha

SHIMI said... Best Blogger Tips

Selamat Hari Ibu. Ibu nikmayt yang terbaik dalam hidup selagi kamu memilikinya....

Teenager Housemaid said... Best Blogger Tips

tiba-tiba rasa sedih plak tang anak yatim tu..huhu..
saya sedekah alfatihah je untuk arwah mama saya.... =)

syrupmasin said... Best Blogger Tips

betol2..manusie ta bole lari dr kesalahn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...