"Khai, nie bukan modal lama ke?, tak kan review handphone lama kot?"
Hmm, aku tak cakap pon nak review latest handphone model. Aku tulis 'handphone review' je. Hahaha. Untuk pengetahuan semua, model Nokia lama nie sebenarnya handphone yang aku tengah pakai buat masa sekarang nie. Aku tak pakai la model touchscreen yang makin meluas nie. Kenapa? touchscreen susah dan tak menarik, bosan pula tu.
"Handphone sendiri pon nak cerita kat orang, kecoh la mamat nie."
Hahaha. Sorry la kalau ada yang marah. Bukan aku nak menunjuk atau nak kecoh, tapi kan blog nie untuk kita sharing. So, aku sharing la kenapa aku pilih model ni rather than model-model lain yang lebih canggih. Model nie dah setahun lebih aku pakai, selepas model Nokia 5220 yang cap ayam dan penuh dengan masalah. Kenapa pilih model nie?
Pertama : Candybar
Tahu tak candy bar tu apa? Candybar tu maksud dia, model nie bukan touchscreen tapi menggunakan button-button kecil seperti candy untuk menaip mesej, main game dan sebagainya. Aku memang tak minat touchscreen. Thats why la aku pilih model nie.
Kedua : Express Music
Kalau Nokia, memang model express music la yang aku minat sebab design dia yang menarik dan stylish. Model Nokia yang lain mana cantik. Design Eseries ngan Nseries lebih kepada untuk orang korporat. Eeeee. Tak cantik. Sekarang nie pula Nokia dah keluar model Cseries yang lebih murah tapi model express music dah kurang. Whyyy? (mungkin aku akan lari menjadi pengguna Sony Ericsson pula lepas nie,,huhu)
Ketiga : Good Specific
Kalau dah model express music, kompem-kompem la untuk dengar lagu. Bukan tu je sebenarnya, model nie ada radio, kamera with flash, bluetooth, wi-fi, dan macam-macam lagi benda basic. So memang sesuai la untuk student macam aku nie. Kalau nak dibandingkan dengan model Sony Ericsson, dia ada specialist yang tertentu. Contoh, model Sony kalau mula dengan huruf 'K' khas untuk pengguna yang suka kamera, kalau mula dengan huruf 'W' khas untuk yang suka dengar music. Tapi model Nokia 5630 nie average je.
Keempat : Harga
Model Nokia 5630 nie kalau tak silap dah tak banyak kat Malaysia, Kalau ada pon yang second hand or yang a.p. Aku sendiri pon beli kat Singapore sebab nak yang ori. Aku nie bukan jenis tukar-tukar handphone, so beli trus yang ori. Senang dan puas hati. Harga ori dalam RM800. Sekarang mungkin dah RM400 or lower sebab Nokia dah tak keluar model ni dan model nie juga terhad.
Apa pon yang korang cakap, aku tetap sayang kat handphone nie. Nie je lah satu-satunya hanphone yang aku ada. Dia lah yang jaga aku, tegur aku, menemani ketika bosan, kejut aku subuh dan ingatkan aku benda-benda penting. Hahaha. Ok lah, thats all,,,,(^^,)
p/s : wahh, lagi skit nak 200 follower,,teruja,,haha,,(^^,)
0 pendapat:
Post a Comment