Best Blogger Tips

Bagaimana korang balas jasa ibu ?

Salam semua, hari nie Khai nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada para-para ibu diseluruh dunia. Kecuali ibu ayam (kata Terompah Caring). Hahaha. Kalau nak cerita pasal Ibu nie, memang besar pengorbanan diorang. Semua orang boleh jawab kalau ditanya pengorbanan mereka, tapi Khai nak tanya sikit, apa yang korang semua buat sempena Hari Ibu nie?


"Khai, aku belikan mak aku kek !!"
"Aku bawa mak aku pergi melancong kat Langkawi !!"
"Aku tukar profile picture fb aku dengan gambar mak aku !!"

Hahaha. Macam-macam korang buat untuk menunjukkan rasa kecintaan korang, tapi berbaloi ke semua tu? Cukupkah sekadar buat parti atau hadiah jam tangan emas? Cukupkah sekadar tukar profile picture dan post lagu nasyid bertemakan ibu? Tak berbaloi, tak berbaloi. Sebenarnya bukan itu yang ibu korang harapkan. Bukan harta benda yang menjadi idaman. Korang tak perlu nak wish-wish Happy Mother's Day hari nie. Membazir jer.

"Haa? Kau tak sayang mak kau ke, Khai?"

Korang bagi wish dan hadiah bila Mother's Day jer ke? Tak terbeli sebenarnya harta benda kalau nak dibandingkan dengan jasa ibu korang. Sepatutnya kita sebagai anak, hari-hari tunjuk kan kasih kita, hari-hari kita kena bantu ibu kita. Kenapa? Sebab itu memang tanggungjawab kita. Semua orang pandai cakap, "Syurga di bawah tapak kaki ibu", tapi tak semua mengejar syurga itu. Kadang-kadang kita buat tak endah jer kalau ibu kita suruh sesuatu, tapi bila ibu kita dah tak ada nanti macam mana? Apa yang ibu korang mahu adalah doa daripada anak yang soleh, kerana itulah yang akan membantu mereka diakhirat kelak. Minta maaf dari ibu korang jika ada kesilapan yang korang lakukan. Kadang-kadang kata-kata kita sudah cukup untuk melukakan ibu kita kerana lidah itu ibarat pedang.

"Khai nie cakap jer pandai, buat tak pun..."

Aku just luahkan apa yang patut dan aku juga menasihati diri aku sendiri dan pembaca-pembaca semua. Kita semua manusia, tak boleh lari dari kesilapan. Pernah korang rasa apa yang anak-anak yatim rasa? Ibu itu permata. Hargailah ketika mereka masih ada, bukannya menangis apabila kita kehilangannya. Kita kena ingat, siapalah kita tanpa mereka...(^^,)


Kelemahan Disable Right, Left Click dan Highlight Text !!!

Salam readers ku semua, hari teruja sangat-sangat sebab dah dapat cecah 1000 follower,, yeaaaayyyhh !!! Hari nie Khai banyak komen and blogwalking kat blogger-blogger Malaysia nie. Apa yang Khai nampak, ada satu tool yang ramai sangat orang pakai. Disable Right Click. Memang bagus tools nie. Ia dapat elakkan dari orang lain copy entri kita. Untuk elakkan plagiarism la katakan. Tapi....

"Tapi kenapa Khai tak guna juga Disable Right Click tu?"


Sebenarnya  Disable Right Cick nie tak berguna pun. Maksud Khai, sia-sia je korang pakai. Orang tetap boleh copy juga entri-entri korang tu. Apa? Tak Percaya?

"Ye ke? Macam mana diorang boleh copy pula?"

Korang kena tahu, mouse blogger ada minimum dua button. Kalau Right Click diorang tak boleh guna, pakai la Left Click. Senang jer, just hightlight entri guna Left Click, lepas tu tekan Ctrl+C. Haa? Pernah terfikir tak? Pernah try tak? Khai dah cuba, try dan test. It's work. So, Disable Right Click tak ada function. Sorry to say.

" Khai, aku dah Disable Left Click juga, haha, so tak boleh copy la kan?"

Haha. Korang memang pandai sebab guna Disable Left Click atau Disable Highlight Text. Tapi dua-dua tools pun tak guna juga. Mesti tak percaya kan? Sebenarnya tool Disable Right, Left Click dan Highlight Text tu semuanya javacript. So, kalau penggunjung blog korang tu disable javascript kat browser diorang, macam mana? Diorang still boleh copy juga.

"Haa? Tak faham la.."

Tak faham? Ok lah, Khai ajar cara disable javascript di browser korang :

Mozila Firefox :
  • Pergi ke Tools –> Internet Options.
  • Tekan Content tab.
  • Tekan kotak Enable javascript untuk disablekan dia.
  • Restart Firefox dan siap.
Internet Explore :
  • Pergi ke Tools –> Internet Options.
  • Tekan Security tab –> Custom Level.
  • Scroll ke Scripting –> Active Scripting.
  • Pilih Disable.
  • Restart IE dan siap.
Google Chrome :
  • Pergi ke Option –> Under The Hood.
  • Tekan Content Setting –> Java Script.
  • Pilih Do not allow any site to run JavaScript.
  • Restart Google Chrome dan siap.

Korang test la kalau tak percaya, lepas je korang Disable Javascript kat browser, kompem Disable Right, Left Click dan Highlight Text tak berguna.

" Ala Khai, kenapa bagitahu pasal Disable Javascript tu, kan orang lain dah boleh copy entri kiteorang..."

Sebenarnya Khai pun tak suka plagiarism nie, tapi kita sebagai blogger patut berbangga bila ada orang copy entri kita, dan kepada blogger lain yang nak copy tu, tolong la credit to tuan punya blog. Tak susah pun , dah memang adab berblogging macam tu. Tapi kalau korang nak copy entri-entri yang ada kat blog nie suka hati korang lah. Ikut koranglah nak credit ke blog nie atau tak,,,,ilmu untuk dikongsi bukan untuk disimpan,,,(^^,)


p/s - 'plagiarism' ialah meniru sesuatu fakta atau informasi 100% tanpa mengolah semula. Jika korang nak share informasi, sila olah ke gaya penulisan korang, jangan copy paste O.k....(^^,)


3 Asas untuk download torrent menjadi pantas !!!

Salam readers-readers semua. Lepas cuti ni Khai tahu, ramai yang dah plan macam-macam. Ada yang nak kerja, ada yang nak tidur je, ada yang nak download macam-macam movie, ada yang nak kahwin. Hahaha. Tapi hari nie nak share satu informasi best. Selalu tak korang download movie menggunakan software torrent?


"Torrent? Apa tu?"

Torrent nie satu fail yang disediakan tracker(url web) lebih dari satu source. Software torrent membolehkan korang men-download fail-fail besar menggunakan alamat torrent yang perlu di-download terlebih dahulu.  Biasanya student gunakan software torrent untuk download movie-movie baru, game baru, download software-software yang besar macam Adobe Photoshop dan sebagainya. Tapi tahu tak cara nak lajukan torrent korang? Ada orang download movie 1.5 gigabyte dalam masa 5 jam tapi ada pula yang ambil masa 3 hari. So, apa masalahnya?

1. Pilih software torrent yang terbaik.
Terdapat macam-macam jenis software torrent yang ada di Internet. Contohnya, uTorrent, BitComet, LimeWire, Vuze dan macam-macam lagi. Terpulang la pada korang nak guna yang mana pun. Setiap software ada kelebihan dan ada keemahan. So, kaji dulu.


2. Pilih seeders tertinggi.
Perasan tak, semasa korang pilih fail, ada dekat hujung table tulis 'seeds' dan leechers' ? Seeder bermaksud orang yang dah download penuh fail tu, leechers pula orang yang download tak habis sesuatu fail. Leechers akan jadi seeders bila dia dah download fail tu sepenuhnya. So, korang kenalah cari fail yang mempunyai seeders yang tinggi. Bila seeder tinggi, bermakna fail tu ada diserata laman sesawang, so, lebih mudah software torrent nak download bila ada banyak source.

Nilai seeds boleh mencecah ribu-riban

3. Edit torrent tracker.
Software torrent mendownload sesebuah fail berdasarkan tracker(url laman web) yang sudah di-listkan. Semakin banyak tracker, semakin cepat la dia download sebab banyak sumber kan. So, korang carilah kat google, list of torrent tracker. Copy dan paste di torrent properties. Tak faham. Kita ambil uTorrent sebagai contoh. Lihat bawah.




Sebenarnya ada banyak lagi yang perlu korang adjust dekat setting sotware torrent tu, tapi Khai susah nak explain sebab lain PC lain IP adressnya, lain rooter lain portnya. Yang penting korang tahu basic setting yang perlu ada semasa menggunakan torrent. Hope this info berguna kepada para pengguna torrent. Jika ada info tambahan, share lah dengan Khai,,,,(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...