Nur Kasih The Movie
"Apa benda lah mamat nie, orang semua tengah kecoh pasal HMM, kau sorang je tetiba cerita pasal Nur Kasih, out of topic la kau ni Khai.."
Hahaha. Sorry la kalau aku buat entri tak kena pada masanya, tapi nak buat macam mana, aku peminat setia Nur Kasih tuuu... Aku teruja dengan movie nie lepas tengok trailer die. Korang dah tengok belum trailer dia? Belum lagi?
"Errr, Khai, Nur Kasih tu cerita apa? hehe"
Ada juga orang yang tak tahu ek?..Hahaha. Tak apa. Nur Kasih nie kisah cinta pasal Adam yang telah hanyut dengan nikmat dunia dengan Nur Kasih yang taat kepada agamanya. Tapi tu bukan sinopsis movie nie. Korang kena la tengok series Nur Kasih nie dulu. Dalam Movie Nur Kasih nie pula, adik Adam, iaitu Aidil menjadi bapa tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Ilyas dan Maryam.
"Apa? Alia meninggal ke?"
Errr, dah kantoi ke? tak pasti la sama ada Alia meninggal atau tidak. Tapi kalau dilihat pada trailer, ada sesuatu yang berlaku pada Adam dan Nur. Tak kan la Adam di culik pengganas lagi kot? Apa-apa pun aku memang tak sabar nak tengok cerita nie. Kabir Bhatia, iaitu pengarah cerita nie memang pandai buat cerita jiwang.
Kabir Bhatia
Haaa... Nak tengok tak trailer dia? Korang duduk la dalam wayang. Hahaha. Tak ada lah. kat bawah nie aku dah sediakan videonya...enjoy it (^^,)
Trailer Nur Kasih The Movie
p/s - siapa yang tanya "Khai, trailer tu apa?", memang aku ketuk-ketuk kepala dia,,hahaha,,(^^,)
9 pendapat:
tak sabar !
mesti teng0k nie...
lyn drama dulu best gak..
hish ~ agk3x. bila mao kua nie .. ta sbar la ..
khai, tuu trailer apa?..
keh keh keh..
*btw, mmg ramai kot yg tggu filem ney keluar..=]
waa!
suka3...
tak sabar nak tengok filem ni! arha!
tak sabar nk tggu movie ni..mmg lyn la cite ni..:)
weyh..dah lama tggu citer nie!!
cm best jew...xsaba nk tgk...:)
Post a Comment