Best Blogger Tips

Myspace dah tak relevan lagi !!!

Salam readers, hmmm. Hari nie hari yang agak menyedihkan sebab laptop member aku hilang. Kunci lock laptop pun pencuri tu buka dengan kemas je, nampaknya pencuri tu memang professional. Tapi hari nie aku bukan nak cerita pasal pencuri tu, tapi nak cerita pasal laman sial yang satu ketika dahulu sangat famous, iaitu Myspace.

kenal Myspace tak?,,haha


Empat atau lima tahun dulu, dengar je nama laman sosial nie, semua orang kenal,semua orang ada account sendiri, ingat lagi kata-kata member aku,,,,,

"Khai, kau dah add aku belum?"
"Wey, ada awek lawa kot aku add hari tu."
"Ko tengok la layout profile aku, style kan?"

Aku sendiri pun ada Myspace. Memang seronok la masa tu sebab kita boleh cantikkan profile, boleh letak lagu, boleh cari jodoh, boleh cari pasal,,,hahaha. Dah macam buat blog la pulak bila dipikirkan balik.Ye la, masa tu kan Facebook tak famous lagi. Sekarang apa dah jadi? Myspace makin dilupakan. Sejak itulah Rupert Murdoch's News Corporation(pemilik Myspace) sedaya upaya untuk mlakukan perubahan untuk berdiri setanding dengan Facebook. Tapi sebaliknya yang berlaku. Tahun lepas bila aku buka je myspace je, reaksi aku :

"Eh? Nie Myspace ke Facebook?"

Hahaha, fungsi Myspace dah menyerupai Facebook. Dengan chat box nya, kat profile dia pun ada wall dan macam-macam lagi. Sekarang Myspace dah lagi serabut, siap ada update berita la, lagu la,,,,makin berat page je bila nak buka. Rangking internet speed kat Malaysia dah la nombor 80 lebih. Kita semua dah lebih mudah menggunakan Facebook, tapi adakah lima hingga enam tahun lagi nasib Facebook akan sama macam Myspace? Adakah Twitter akan naik pula?,,,tak siapa yang tahu. Bila dunia dah makin maju, perubahan akan terus berlaku.

"Pergghh, kau ceramah ke Khai?"

Hahaha,,tak lah. Aku cuma nak bagi tahu yang Myspace tu dah tak relevan lagi. Dah boleh tutup je. Tapi ada juga yang masih sayangkan Myspace dia. Apa-apa pun, masing-masing ada pendapat sendiri. Ikut korang lah,,,(^^,)

6 pendapat:

Cik Eliza said... Best Blogger Tips

myspace best, cume, lambat sangat loading nya, huhu

CiK GorGeouS ! said... Best Blogger Tips

tak pernah ade myspace pon..huhuh~

| cik azeya | said... Best Blogger Tips

ape brg my spes. haha

Si DauN CeRi said... Best Blogger Tips

hai2.. sy singgah dan follow balas ya, thanks singgah dan follow blog sy..


sy kdg2 terlupa yg sy ada myspace.. mungkin akn delete lepas ni.. password pon tak ingat~ haha..

mykhalis said... Best Blogger Tips

tak suke myspace dari dulu..banyak sangat lesbo yg cun.haha

Nana Liyana said... Best Blogger Tips

x minat myspace :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...