Best Blogger Tips

Handphone review : Handphone Concept yang luar biasa !!! (part I)

Salam readers-readers semua. Tahun 2011 nie dah macam-macam perubahan yang dapat kita tengok terutamanya dalam bidang teknologi. Jadi hari nie kita tengok nak model-model handphone concept yang bakal membuat penampilannya beberapa tahun lagi.

"Khai, handphone concept tu apa?"

Hmmm, handphone concept tu sebenarnya model rekaan yang dicipta sebagai contoh untuk model yang bakal dikeluarkan. Apa yang bestnya ialah model handphone concept nie biasanya pelik-pelik dan seakan-akan mustahil untuk direalitikan. Tak apa kita tengok dulu.

1. Cobalto
Model yang hampir sepenuhnya kaca nie memang mudah bagi pengguna google map kerana ia mampu menghasilkan image 3D. Smart tu.

Cobalto

2. Leaf Phone
Bestnya handphone nie ialah dia boleh dililit dimana-mana sahaja, leher, tangan atau lengan. Dengan menggunakan tenaga solar, model ini sememangnya mesra alam. Model ini dikatakan mampu memancarkan laser keyboard kepada mana-mana permukaan. So, bila korang nak guna keyboard just pancarkan je laser dan guna. Dahsyat tak?


Leaf Phone

3. Sticker Phone
Siapa-siapa yang suka hilang handphone boleh la try model nie. Kenapa? Model nie boleh dilekatkan kat cermin atau tingkap. So, tak payah tercari-cari kat meja or katil. Model nie menggunakan tenga solar, so bila korang nak charge handphone nie, lekatkan jer kat cermin. Pelik-pelik je.



Sticker Phone

4. Kambala
Model nie lebih kepada design earphone sebenarnya. Dikatakan bahagian tengah model nie boleh dikeluarkan dan dicucuk masuk kedalam telinga. Sakitnya!!! Tak ada lah sebab model nie bukannya dibuat dengan besi tetapi daripada Multilayered Polymer yang mudah membentuk.

Kambala

5. Packet Phone
Juara handphone concept di Istanbul pada tahun 2007. Nie lagi dahsyat, boleh lipat-lipat hanphone dia. Saiznya 5cm x 5cm bila dalam lipatan asal. Kecil kan? dah macam saiz paket tisu. Tapi jangan nanti korang nak buang tisu tapi terbuang hanphone. Hahaha


Packet Phone

So, macam mana? Dah ada pilihan? Hahaha, kalau dah ada pilihan pun korang kena la tunggu dua tiga tahun lagi baru la keluar model-model pelik nie. Ok lah, thanks kepada yang sudi ikut blog nie,,,(^^,)

3 pendapat:

Addam Juhari said... Best Blogger Tips

style3

LehaMY said... Best Blogger Tips

stylo la! hehehe . suka yang daun tu . heheh :D

cik nurussalwa said... Best Blogger Tips

tak tercapai akalku..
huhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...