"Alahai mamat nie, bajet hot pula nak wish women day..."
Sorry la tu all jejaka-jejaka di luar sana. Bukannya aku nak merendahkan kaum lelaki, sebab aku pun lelaki juga. Tapi bukannya aku nak mengagung-agungkan mereka tetapi sudah kudrat lelaki ialah untuk hidup bersama wanita. So, yang dah songsang jantina tu tak payah la baca. Baiklah, entri kali nie aku tulis khas sempena hari wanita. Jadi untuk memuaskan hati semua pihak, aku tuliskan pro dan contra seorang wanita.
Lima keistimewaan wanita.
- Tahu tak wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
- Sifat penyayang wanita yang lebih kuat daripada lelaki membuktikan doa mereka lebih mudah dimakbulkan. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
- Benda yang semua orang Islam tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
- Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Lima kelemahan wanita.
- Aurat wanita amat susah dijaga dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.
- Wanita tidak boleh menjadi ketua mahupun imam kepada lelaki kerana mereka tiada ciri-ciri kepimpinan di dalamnya.
- Wanita wajib taat kepada suaminya tidak kira seteruk mana pun suminya itu, tetapi lelaki tidak perlu taat kepada isteri. Sehinggakan mahu keluar rumah pun, si isteri perlu meminta izin dari suami terlebih dahulu.
- Waktu untuk wanita beribadah lebih sedikit daripada lelaki kerana kesihatan mereka.
- Wanita lebih ramai di neraka berbanding lelaki, mungkin disebabkan kuantiti mereka yang ramai.
Tak kira lah kita nie lelaki atau perempuan, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menurut perintahNya dan menjauhi laranganNya. Lelaki dan wanita masing-masing hebat, masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Semua berbalik kepada kita sendiri, sama ada mahu berada dijalan yang lurus atau terus sesat,,,,,(^^,)
4 pendapat:
ye ! betol3 ! bangga dgn perempuan..errr ... :P
uhuhuhu.
sukenye bace
ah malu caye... tq appriciate kekami cemua,hak3.. :)
pandai2 je kata wanita ramai dlm neraka sbb kuantiti mereka ramai..akhir zmn ramai, tp zmn seblm akhir zmn???
wanita rmai dlm neraka sbb dosa la..
bgi wanita yg berkhwin cuma jaga 4 perkara, kmudian leh masuk mana2 pintu syurga..solat, puasa, jaga faraj, taat pada suami..tp no 4 tu yg payah sbnrnya.
Post a Comment