Best Blogger Tips

Game PC paling mencabar : Machinarium !!!

Salam readers,,,mungkin salam untuk entri kali ni nie aku patut tukar. Salam gamers, kenal tak dengan game Machinarium nie? Tak pernah dengar? Biar betul? Tu lah korang, nak main game yang grafik lawa je. Sekali-sekala cuba lah main game yang pecah otak nie.

"Khai, game apa nie? Apa yang best sangat dengan game nie?"

Haaa,,game nie best. Serius best, tapi kena guna otak tahap dewa punya sebab game nie bukannya game bola ke, game masak-masak or game perang. Tapi nie game yang memerlukan IQ. Bukan tu je, game nie semua orang boleh main, lelaki, gegurl, mak, ayah, nenek or atuk. Kalau korang tak mampu selesaikan seorang-seorang, korang main la berdua. Kalau main dua orang pun pening kepala, main la satu family.


Machinarium

Game nie kisah tentang dua orang kekasih yang terpisah kerana dipisahkan oleh geng robot jahat. Tu je yang aku boleh bagi tahu sebab bukan korang nak baca pun kalau aku tulis panjang-panjang. Hahaha. So, mission korang ialah menyatukan mereka semula. Dengar macam senang je kan? Cuba main tengok. Aku rasa stage 2 korang dah sangkut. Hahaha. Lagipun grafik dia boleh tahan style.

"Ye je best? Tak kan la tak ada kelemahan kot game nie?"

Memang ada kelemahan game nie, nak tahu apa? Korang boleh check solution untuk mana-mana stage kat youtube. Tu yang tak best. Aku tak pakai pun youtube tapi memang ambil masa la nak habis kan game nie. Aku nasihat kan korang kalau boleh jangan la pakai youtube. Tak seronok la. Lagi satu kelemahan game nie, save game dia akan hilang bila korang guna CCleaner sebab game nie di-save dalam bentuk flash. So, bila korang run CCleaner, dengan save game nie sekali dia sapu.

"Kalau macam tu baik tak payah main,,,(=.=').."

Cepat sangat la korang putus asa,,,apa lah. Senang je, korang buat la exception dalam CCleaner tu. Tak tahu nak buat macam mana? Hmmm korang search la dalam google. Hahaha. Aku boleh bagi link mana nak download game nie jer. Huhuhu. Ok lah, enjoy this game...(^^,)

download game Machinarium...disini..

p/s - kalau korang tak dapat download guna link nie, aku minta maaf la sebab member aku yang bagi game nie. Tak tahu dia download mana. Cuba lah search kat google tu. Harap maklum,,,(^^,)

4 pendapat:

anisidayu said... Best Blogger Tips

kte main game zuma je..hihi

KechieX said... Best Blogger Tips

mcm bez je game nih...nnti kawe try...

Khai Rul said... Best Blogger Tips

anis and kechieX : memang best game nie,,try la,,(^^,)

Anonymous said... Best Blogger Tips

salam.tgh main game ni.tpi kat stage yg robot2 main alat muzik tu..kena menang main dam skru bru leh dpt skru tu.bleh x tlg bgtau cmne nk menang main dam tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...