Best Blogger Tips

Bercumbu itu halal ?

Salam readers semua,, hari nie aku ada satu info yang nak di-share dengan korang. Aku nak bagi tahu kat korang lima kebaikkan apabila kita bercumbu atau dengan kata lain, berciuman mulut. Sebenarnya berciuman sangat bagus untuk kesihatan kita.

"Ye ke Khai? Jangan nak mengarut laa!!!"

Tak percaya? Betul... Aku nak bagi tahu korang lima kelebihan apabila kita berciuman dengan pasangan kita.
  • Berciuman dapat membakar kalori korang, 2-3 kalori dalam masa seminit. Metabolisma badan anda juga boleh meningkat.
  • Bercium melibatkan otot-otot muka. So, ia merupakan senaman kepada wajah anda supaya wajah kelihatan lebih muda dan tegang.
  • Selepas berciuman, paru-paru akan berfungsi tiga kali ganda lebih cepat. Ia baik untuk menggelakkan sakit paru-paru.
  • Bercium boleh menyebabkan jantung kita juga berfungsi lebih cepat, dalam 110 degupan dalam masa seminit. So, tak payah jogging.
  • Ciuman juga boleh menghilangkan stress, mengurangkan kemarahan dan mewujudkan persekitaran yang sihat.
So, dah percaya sekarang? Macam-macam kelebihannya bila kita berciuman. Benda-benda nie bukannya aku main tulis je. Nie hasil kajian para saintis. 


"Wahh, baru aku tahu. Lepas nie nak banyakkan bercium lah..."

WAIT !!!! NANTI DULU !!! Aku nak tanya korang. Korang nie siapa nak main cium-cium? Korang nak cium siapa? Halal ke bercium dengan bukan muhrim? Memanglah bercium nie banyak faedahnya, tapi kalau ciuman tu TAK HALAL, boleh dapat ke kelebihannya? Korang kena ingat, Islam menjelaskan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Pernah terfikir dosa berciuman dengan bukan muhrim?


"Sesungguhnya, jika kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada menyentuh perempuan yangg tidak halal bagimu." ( diriwayatkan oleh At Thabrani dan Al Bahaiqi ).


Ada yang kata, cium tu bukannya berzina, sekadar meluahkan perasaan atau memperkenalkan diri, macam  berjabat tangan la. Siapa yang ajar korang? Sedangkan bersentuh dengan bukan muhrim pun tak boleh. Nie kan pula nak salam dan berciuman?


Sabda Rasulullah S.A.W, "Kedua tangan berzina dan zinanya adalah meraba, kedua kaki berzina dan zinanya adalah melangkah, dan mulut berzina dan zinanya adalah mencium." ( H.R. Muslim dan Abu Dawud ).


Memang aku akui, alam remaja nie la manusia suka mencuba banyak perkara. Tetapi kita masih ada batasan yang perlu dijaga. Aku nak cakap banyak pun, aku bukannya ustaz. Tapi aku tulis entri nie untuk nasihatkan korang dan diri aku sendiri. Maaf la kalau ada yang terasa atau kecil hati. Ingatlah bahawa nikmat di dunia hanya sementara, akhirat jua lah kita kekal selama-lamanya,,,,(^^,)



9 pendapat:

hawasumiri said... Best Blogger Tips

kalo macm tu saya nak khwn dulu la.. menggatal dah nie.. jk..

Mutiara Bernilai said... Best Blogger Tips

^__^

so, kne jd kan 'halal'...

K- said... Best Blogger Tips

wahh ~
syok ne . hahaa :D

Unknown said... Best Blogger Tips

dh kawin baru nikmat dan ayah risau jabatan agama dtg serbu..

salemaziz said... Best Blogger Tips

cium bantal busok lagi bes!!!
hihi

faiz said... Best Blogger Tips

jom kite ramai2 kawin cepat utk kesihatan...heheh

Fariehan Ibrahim said... Best Blogger Tips

pergh! kne kawen cpat2 neyh. ahaks! ;PP

Anonymous said... Best Blogger Tips

ya, bercium memang banyak faedahnya, tapi terbatas untuk yang dah ada 'lesen'.

kalau nak buat sebelum ada 'lesen' pun boleh je, asalkan berani kena azab masa dah jumpa Allah nanti :)

Unknown said... Best Blogger Tips

niat xkn mnghalalkn cara.. hoho..
w'pun niat kite elok.. tp tetap xleh nk menghalalkn bende y haram...

''ssungguhnye menyentuh khinzir itu adlh lebih baik b'banding dgn b'sentuhan (secara sengaja) dgn wanita y bukan mahram'':- riwayat Ibnu Majah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...