Best Blogger Tips

Bercumbu itu halal ?

Salam readers semua,, hari nie aku ada satu info yang nak di-share dengan korang. Aku nak bagi tahu kat korang lima kebaikkan apabila kita bercumbu atau dengan kata lain, berciuman mulut. Sebenarnya berciuman sangat bagus untuk kesihatan kita.

"Ye ke Khai? Jangan nak mengarut laa!!!"

Tak percaya? Betul... Aku nak bagi tahu korang lima kelebihan apabila kita berciuman dengan pasangan kita.
  • Berciuman dapat membakar kalori korang, 2-3 kalori dalam masa seminit. Metabolisma badan anda juga boleh meningkat.
  • Bercium melibatkan otot-otot muka. So, ia merupakan senaman kepada wajah anda supaya wajah kelihatan lebih muda dan tegang.
  • Selepas berciuman, paru-paru akan berfungsi tiga kali ganda lebih cepat. Ia baik untuk menggelakkan sakit paru-paru.
  • Bercium boleh menyebabkan jantung kita juga berfungsi lebih cepat, dalam 110 degupan dalam masa seminit. So, tak payah jogging.
  • Ciuman juga boleh menghilangkan stress, mengurangkan kemarahan dan mewujudkan persekitaran yang sihat.
So, dah percaya sekarang? Macam-macam kelebihannya bila kita berciuman. Benda-benda nie bukannya aku main tulis je. Nie hasil kajian para saintis. 


"Wahh, baru aku tahu. Lepas nie nak banyakkan bercium lah..."

WAIT !!!! NANTI DULU !!! Aku nak tanya korang. Korang nie siapa nak main cium-cium? Korang nak cium siapa? Halal ke bercium dengan bukan muhrim? Memanglah bercium nie banyak faedahnya, tapi kalau ciuman tu TAK HALAL, boleh dapat ke kelebihannya? Korang kena ingat, Islam menjelaskan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Pernah terfikir dosa berciuman dengan bukan muhrim?


"Sesungguhnya, jika kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada menyentuh perempuan yangg tidak halal bagimu." ( diriwayatkan oleh At Thabrani dan Al Bahaiqi ).


Ada yang kata, cium tu bukannya berzina, sekadar meluahkan perasaan atau memperkenalkan diri, macam  berjabat tangan la. Siapa yang ajar korang? Sedangkan bersentuh dengan bukan muhrim pun tak boleh. Nie kan pula nak salam dan berciuman?


Sabda Rasulullah S.A.W, "Kedua tangan berzina dan zinanya adalah meraba, kedua kaki berzina dan zinanya adalah melangkah, dan mulut berzina dan zinanya adalah mencium." ( H.R. Muslim dan Abu Dawud ).


Memang aku akui, alam remaja nie la manusia suka mencuba banyak perkara. Tetapi kita masih ada batasan yang perlu dijaga. Aku nak cakap banyak pun, aku bukannya ustaz. Tapi aku tulis entri nie untuk nasihatkan korang dan diri aku sendiri. Maaf la kalau ada yang terasa atau kecil hati. Ingatlah bahawa nikmat di dunia hanya sementara, akhirat jua lah kita kekal selama-lamanya,,,,(^^,)



Doraemon Episod Akhir, Wajib Baca !!!

Salam readers semua...entri pagi nie nak tulis pasal cerita Doraemon. Siapa masa kecil dulu rajin baca Doraemon? Siapa pula yang tak tahu Doraemon tu apa? yang tak tahu tu memang sedih la. Ketinggalan zaman tahap raban punya. Hahaha. Jangan marah. Aku dari kecil sampai besar layan doraemon nie. Tak kira la komik atau movie dia. Memang best.



Tapi cuma satu je aku tak puas hati dengan kartun Fujiko Fujio nie. Aku tak pernah jumpa ending cerita nie. Sebenarnya penulis nie telah meninggal dunia sebelum sempat dia menghabiskan siri Doraemon. So, macam-macam ending yang telah dicipta untuk siri Doraemon nie. Tapi syarikat yang menjaga manga Doraemon tidak pernah mengeluarkan ending siri nie. Mungkin penulis cerita tak mahu Doraemon nie berakhir, supaya Doraemon nie akan terus hidup. Tapi ending yang akan aku share nie memang-memang SEDIIIHHH !!!! Ia dilukis oleh Nobuo Sato.

Dalam ending nie, Doraemon telah rosak kerana baterinya habis, baterinya boleh diganti tetapi Doraemon akan hilang ingatan kerana cip memori berada di telinganya sedangkan telinganya pula sudah hilang. Dorami cuba membantu abangnya itu dengan membawanya kembali ke masa hadapan, tetapi penjaga portal ke masa hadapan tidak membenarkannya. Selepas itu, Nobita belajar berdikari dan dia berjaya menjadi engineer yang amat hebat. Dengan kepandaiannya itulah dia cuba menghidupkan semula rakan lamanya, Doraemon selepas hampir 35 tahun. Akhirnya, dia berjaya menghidupkannya. Sob! sob! sob! Memang betul-betul sedih.

"Err, Khai, tak sedih pun dengar kau cerita !! Aku nak bacaan bergambar, baru paham!!"

Owhh, tak sedih ea? Ok lah. Aku dah carikan manganya. Tapi dalam bentuk video. So, hayati ending nie, memang best dan sedih....(^^,)


My 600th follower !!!

Salam readers semua, sedang aku berblogwalking, rupa-rupanya follower aku dah pun mencecah 600. Wahhhhh !!!! Tapi siapa follower yang ke-600 tu? Haaaa...nie dia..


Jom la kita terjah dia,,huhu,,So, aku nak bagi award khas untuk tuan blog nie. Kalau nak, ambil la. Kalau tak nak ambil pun tak apa. Tak kesah. Huhuhu. Just copy code and paste kat html widget.


<a href="http://www.khaiadebelog.bogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/teb5u.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>

Thanks juga to all my follower kerana support blog nie...(^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...