- Madu memberi tenaga kepada badan kita serta mengembalikan tenaga terutamanya kepada atlit sukan.
- Madu mampu menjaga organ dengan baik terutamanya jantung kita.
- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
- Mencerdaskan otak dan menjadikan kita mudah menghafal.
- Madu itu manis dan ia bukannya manis yang memberi penyakit.
Madu
"Aku takut kencing manis la kalau minum madu hari-hari"
Hahaha. Kalau madu yang korang minum tu madu asli, tak akan kencing manis punya. Tapi korang tahu tak macam mana nak beza antara asli dan tiruan? Nie cara dia :
- Madu asli tak akan dihurungi semut. Semut cuma minat gula. Tapi bukan gula yang ada dalam madu asli. Tapi gula yang berpenyakit macam gula halus atau gula melaka.
- Madu asli tak akan beku dalam peti ais tetapi madu tiruan akan beku dan mengeluarkan buih di atasnya.
- Kalau korang buka botol madu asli, dia akan bunyi macam bergas. Macam buka botol 100 Plus. Kan ada bunyi. Pishht.
- Semasa menuang madu asli ke dalam bekas. Lihat madu yang keluar dari botol tu. Madu asli tak akan terputus-putus.
- Titiskan madu asli di atas jari atau tangan. Ia akan menghasilkan bentuk yang bulat dan cantik. Tak leper macam air. Bermakna ianya likat.
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan". (Ibnu Sina)
Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".
Kenapa madu itu bagus? Kenapa banyak sangat khasiatnya? Kita lihat pemiliknya, LEBAH. Ada apa dengan lebah nie? Lebah merupakan makhluk yang patut kita contohi.
Lebah
"Contohi? kau mengarut apa Khai? lebah kan sengat orang, boleh bawa maut tu."
Haaa~.. Korang pegi kacau dia buat apa? Lebah memang patut kita contohi. Bukannya contohi gaya mereka menyerang atau letak sengat kat pinggul. Tapi gaya hidup mereka.
- Lebah hidup berkumpulan, maksudnya mereka hidup bekerjasama.
- Lebah kutip madu, maksudnya, dia ambil benda-benda bagus je.
- Lebah melindungi sarang dan menyerang ketika sarangnya diganggu, maksudnya dia tak kacau orang dan mereka ni bersifat protective.
- Lebah bekerja setiap hari, rajin tu.
- Lebah meninggalkan madu apabila bepindah, maksudnya mereka meninggalkan benda baik apabila meninggalkan sesuatu tempat.
So? korang macam lebah tak? Pepatah inggeris ada kata, 'be a bee', inilah maksud diaorang. Amalkanlah madu. Bukanya pahit pun, manis tu. Tapi pastikan ianya asli,,,,(^^,)
Subhanallah !!!

























