- Madu memberi tenaga kepada badan kita serta mengembalikan tenaga terutamanya kepada atlit sukan.
- Madu mampu menjaga organ dengan baik terutamanya jantung kita.
- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
- Mencerdaskan otak dan menjadikan kita mudah menghafal.
- Madu itu manis dan ia bukannya manis yang memberi penyakit.
Madu
"Aku takut kencing manis la kalau minum madu hari-hari"
Hahaha. Kalau madu yang korang minum tu madu asli, tak akan kencing manis punya. Tapi korang tahu tak macam mana nak beza antara asli dan tiruan? Nie cara dia :
- Madu asli tak akan dihurungi semut. Semut cuma minat gula. Tapi bukan gula yang ada dalam madu asli. Tapi gula yang berpenyakit macam gula halus atau gula melaka.
- Madu asli tak akan beku dalam peti ais tetapi madu tiruan akan beku dan mengeluarkan buih di atasnya.
- Kalau korang buka botol madu asli, dia akan bunyi macam bergas. Macam buka botol 100 Plus. Kan ada bunyi. Pishht.
- Semasa menuang madu asli ke dalam bekas. Lihat madu yang keluar dari botol tu. Madu asli tak akan terputus-putus.
- Titiskan madu asli di atas jari atau tangan. Ia akan menghasilkan bentuk yang bulat dan cantik. Tak leper macam air. Bermakna ianya likat.
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan". (Ibnu Sina)
Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".
Kenapa madu itu bagus? Kenapa banyak sangat khasiatnya? Kita lihat pemiliknya, LEBAH. Ada apa dengan lebah nie? Lebah merupakan makhluk yang patut kita contohi.
Lebah
"Contohi? kau mengarut apa Khai? lebah kan sengat orang, boleh bawa maut tu."
Haaa~.. Korang pegi kacau dia buat apa? Lebah memang patut kita contohi. Bukannya contohi gaya mereka menyerang atau letak sengat kat pinggul. Tapi gaya hidup mereka.
- Lebah hidup berkumpulan, maksudnya mereka hidup bekerjasama.
- Lebah kutip madu, maksudnya, dia ambil benda-benda bagus je.
- Lebah melindungi sarang dan menyerang ketika sarangnya diganggu, maksudnya dia tak kacau orang dan mereka ni bersifat protective.
- Lebah bekerja setiap hari, rajin tu.
- Lebah meninggalkan madu apabila bepindah, maksudnya mereka meninggalkan benda baik apabila meninggalkan sesuatu tempat.
So? korang macam lebah tak? Pepatah inggeris ada kata, 'be a bee', inilah maksud diaorang. Amalkanlah madu. Bukanya pahit pun, manis tu. Tapi pastikan ianya asli,,,,(^^,)
Subhanallah !!!
18 pendapat:
lebah berfikir lebih cepat dari super komputer..hehe..
nice info
sekarang dah banyak tiruan..cara yang kat atas dah ok tapi bila kita kat pasar? mcmana nak check?
satu cara jer, dengan merasa madu tersebut..
sebab apa? sekarang ramai yang campurkan air gula dengan madu sebab nak banyakkan madu..
keuntungan dicari, tapi keaslian madu tak jaga..apapun nice entry..:)
baru tau yg madu tidak dihurungi semut. gud info. TQ
susah nk dpt yg asli skrang ni kan..
than for the info..
bgus la...dh tau cmne nk beza yg asli dgn tiruan. ^_^
nice sharing...sekrang ni tengah buat research pasal madu terhadap bifidobacterium dan lactobacilus
ooo baru dapat tahu cena na beza madu asli dan x asli .. thanx
datang mmbca entri madu...hee
be a bee.. :D
Saya slalu beli madu kat HPA... asli or tak..lupa nk check tp yang pasti.. semut tak gi dekat pon ngn madu tuh..heheh
susahnye nak carik :( xkan wktu beli tu nk test 1-1 ?? hihih
HPA punya madu memang bagus... cepat je ilang kalau batuk..
wah nice info.ni yg nak test madu yg ada kat rumah ni.hoho.
yeay! lepas ni boleh beli madu & dapat beza yang mana asli atau cetak rompak. hihi.
bagusnye entry ni..
tapi kan..bila nk beli madu, selalu je cepat caya bila org tu kata tu asli..
T__T
madu asli ni mahal..klu jual cm btol kicap harga dia rm10, mmg tipu tu..madu pulak ada 3 warna. berbeza mengikut tempat lebah tu wt sarang.pling mhl & bgus madu tualang..
Kena berhati-hati dengan madu tiruan nih..:D
Post a Comment