Best Blogger Tips

Restoran Tok Janggut pilihan orang Parit Raja, Batu Pahat!!!

Salam semua... Dah makan semua? Belum lagi ke? Haaa, Jangan makan dulu, sebab hari nie nak cerita pasal satu restoran nie khas untuk orang-orang Batu Pahat(bahagian Parit Raja je,,huhu). Baru-baru nie aku dengan member aku telah disuggestkan oleh Terompah Caring untuk makan kat satu restoran yang dia panggil Restoran Tok Janggut. Belakang kedai Guardian. Blur juga aku sebab selama nie tak pernah pun dengar orang bercerita pasal restoran tu.

"Khai, jom makan kat restoran best, Restoran Tok Janggut, tapi mahal sikit la"

Aku dengan member aku seorang lagi nie, Hazwan pun tak cakap banyak la. Member aku nie dah tak tahan nak minum air jus buah campur. Sepanjang perjalanan ke Parit Raja tu memang macam-macam aku dah pikir. Sedap ke kedai makan nie? Famous ke kedai tu? Sebab Terompah Caring ada cakap;

"Restoran nie terbaik tu, ada air-cond, servis cepat, tapi bayar dulu baru makan"


Mula-mula aku ingat, restoran yang macam nie.

Restoran apa nie siap ada air-cond, bukan main mewah lagi. Makanan dia mesti grand-grand and mahal-mahal. Sampai jer kat restoran tu, Terompah pun cakap;

"Dah sampai dah, nie la dia"

Dengan muka blur aku dengan Hazwan tengok restoran tu. Tak guna punya TC, aku dah kena tipu. Korang nak tahu restoran apa? Memang betul la apa yang dia cakap tu. Ada air-cond, mahal, pastu bayar dulu baru makan. Memang betul- betul belakang kedai Guardian. Betul nak tahu retoran apa? Restoran,,,,,,,,

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
KFC rupanya

Hampeh la TC, Restoran Tok Janggut yang dipuja-puja rupa-rupanya...KFC. Member aku si Hazwan nie kempunan la sebab tak dapat minum air jus buah campur,,hahahaha. Last sekali tak makan pun kat situ, makan kat kedai lain sebab nak save budget. Hahaha.


Memang betul-betul belakang guardian.

Siapa yang tak pernah jejak sini memang, ishk, tak tahu nak panggil apa. Aku sendiri pun jarang-jarang la sangat nak makan kat restoran nie. Dan untuk pengetahuan semua, restoran nie tak ada air jus buah campur ok. Hahaha, ok lah. Banyak lagi kerja nak buat. (^^,)

p/s - credit to Terompah Caring kerana memperkenalkan Restoran Tok Janggut nie kepada aku dan Hazwan. Lain tahun ko pula yang kena, hahaha, (^^,).

Hanphone review : Nokia 5630 Express Music

Salam to all readers,,,hmm,,sihat tak semua?,,harap sihat ea,,malam sabtu yang sunyi nie nak review sikit satu model handphone nie, tak tahu la korang kenal ke tak dengan hanphone nie. Handphone Nokia 5630 Express Music.




"Khai, nie bukan modal lama ke?, tak kan review handphone lama kot?"

Hmm, aku tak cakap pon nak review latest handphone model. Aku tulis 'handphone review' je. Hahaha. Untuk pengetahuan semua, model Nokia lama nie sebenarnya handphone yang aku tengah pakai buat masa sekarang nie. Aku tak pakai la model touchscreen yang makin meluas nie. Kenapa? touchscreen susah dan tak menarik, bosan pula tu.

"Handphone sendiri pon nak cerita kat orang, kecoh la mamat nie."

Hahaha. Sorry la kalau ada yang marah. Bukan aku nak menunjuk atau nak kecoh, tapi kan blog nie untuk kita sharing. So, aku sharing la kenapa aku pilih model ni rather than model-model lain yang lebih canggih. Model nie dah setahun lebih aku pakai, selepas model Nokia 5220 yang cap ayam dan penuh dengan masalah. Kenapa pilih model nie?


Pertama : Candybar
Tahu tak candy bar tu apa? Candybar tu maksud dia, model nie bukan touchscreen tapi menggunakan button-button kecil seperti candy untuk menaip mesej, main game dan sebagainya. Aku memang tak minat touchscreen. Thats why la aku pilih model nie.

Kedua : Express Music
Kalau Nokia, memang model express music la yang aku minat sebab design dia yang menarik dan stylish. Model Nokia yang lain mana cantik. Design Eseries ngan Nseries lebih kepada untuk orang korporat. Eeeee. Tak cantik. Sekarang nie pula Nokia dah keluar model Cseries yang lebih murah tapi model express music dah kurang. Whyyy? (mungkin aku akan lari menjadi pengguna Sony Ericsson pula lepas nie,,huhu)

Ketiga : Good Specific
Kalau dah model express music, kompem-kompem la untuk dengar lagu. Bukan tu je sebenarnya, model nie ada radio, kamera with flash, bluetooth, wi-fi, dan macam-macam lagi benda basic. So memang sesuai la untuk student macam aku nie. Kalau nak dibandingkan dengan model Sony Ericsson, dia ada specialist yang tertentu. Contoh, model Sony kalau mula dengan huruf 'K' khas untuk pengguna yang suka kamera, kalau mula dengan huruf 'W' khas untuk yang suka dengar music. Tapi model Nokia 5630 nie average je.

Keempat : Harga
Model Nokia 5630 nie kalau tak silap dah tak banyak kat Malaysia, Kalau ada pon yang second hand or yang a.p. Aku sendiri pon beli kat Singapore sebab nak yang ori. Aku nie bukan jenis tukar-tukar handphone, so beli trus yang ori. Senang dan puas hati. Harga ori dalam RM800. Sekarang mungkin dah RM400 or lower sebab Nokia dah tak keluar model ni dan model nie juga terhad.



Apa pon yang korang cakap, aku tetap sayang kat handphone nie. Nie je lah satu-satunya hanphone yang aku ada. Dia lah yang jaga aku, tegur aku, menemani ketika bosan, kejut aku subuh dan ingatkan aku benda-benda penting. Hahaha. Ok lah, thats all,,,,(^^,)

p/s : wahh, lagi skit nak 200 follower,,teruja,,haha,,(^^,)

PESEdit patch for PES 2011 terbaik !!!

Salam readers,,,terkejut bila pengetua masuk bilik,,huhu,,berdebar-debar sebab takut ada buat salah,,hahaha. Malam nie cerita pasal game pula. Game PES 2011.



"Game nie lagi,!! Bosan r khai!!"

Nak buat macam mana, game nie je yang aku ketagih,,haha. Banyak student tanya patch apa paling bagus untuk PES 2011. Kalau untuk PES 2010, aku suggestkan korang guna Smoke patch, tapi untuk PES 2011 aku pilih PESEdit patch.


"Kan banyak lagi patch lain?Kenapa pilih yang nie? Bagus ke?"

Haaa, itulah yang aku nak cerita. PESEdit patch nie sangat stable dan senang nak install. Lepas tu folder dalaman dia tak banyak, so senang la nak edit lagu ke or nak tambah logo tv ke. PESEdit patch nie juga compatible dengan majority small patch yang lain. Contoh, korang nak liga malaysia? guna la Razor patch. Sebelum nak install Razor patch nie, korang kena la ada PESEdit patch nie dulu. PESEdit nie macam ibu segala patch la.

"Razor patch lagi stail dari Patch 1Malaysia ke?"

Hmm,,lebih kurang je dua-dua patch nie. Tapi, bila korang nak install 1Malaysia patch, korang tak payah guna PESEdit. Maknanya, hanya liga malaysia je akan ter-update, tapi liga inggeris, liga sepanyol, liga itali dan yang lain-lain tak akan ter-update. Berbeza dengan Razor patch, bila nak install patch nie, korang kena ada latest PESEdit. So, bukan setakat liga Malaysia akan ter-update, tapi semua liga akan di-update. Paham kan. 


Untuk yang tak tahu, Razor patch dan 1Malaysia patch nie ialah patch untuk PES 2011 yang dilengkapi dengan liga Malaysia dan pasukan negara Malaysia. Dua-dua ialah hasil ciptaan anak jati Malaysia cuma yang berbeza ialah cara untuk install. Apa-apa pun, PESEdit tetap dalam pilihan aku. Nak link?..Ok lah,,aku dah sedia kan kat bawah nie. Harap info nie membantu. Salam semua,,,(^^,)

PESEdit patch for PES 2011...disini,,
Razor patch for PES2011..disini,,

Malaysia dah tak macam dulu !!!

Salam readers semua....entri malam nie nak sembang pasal negara kita, Malaysia... Malaysia dah tak macam dulu??

"ko cakap apa nie khai?..part mana yang dah berubah?"

Betuuulll,,,Malaysia dah tak macam dulu,,,dah berubah sangat-sangat,,,part mana?,,part bola sepak la,,,,huhu..tadi baru je lepas tengok Malaysia lawan Pakistan,,,memang mengecewakan...

"kenapa kecewa pula?..bukan Malaysia menang ke?"

Sabar-sabar...aku tak habis cakap lagi..bukan corak permainan Malaysia yang mengecewakan,,tapi nasib Malaysia yang tak bagus,,,sepatutnya Malaysia dah boleh menang 7 atau 8-0....hahaha. Memang rugi siapa yang tak tengok Malaysia lawan Pakistan tadi. Kalau nak dibandingkan permainan Malaysia dengan Barcelona malam tadi,,nak tahu apa yang berbeza??...L....U.....C....K....LUCK!!,,LUCK!!.. First time aku tengok Malaysia main sebegitu hebat,,,sob,,sob,,(T_T),,,terharu!! Sebab tu la aku kata Malaysia dah tak macam dulu,,,pasukan bola sepak Malaysia sangat hebat,,,Aku bangga,,,



Kalau dulu,,tengok Malaysia lawan lima minit, dah tukar siaran. Sekarang, nak tengok dua kali,,memang tak bosan. Penyokong Malaysia pun dah ramai. Tadi pergi survey kejap restaurant lain. Semua tunjuk game Malaysia lawan Pakistan. Pelanggan tak payah cakap la, memang ramai. Semua dengan baju jersey Malaysia. Semangat ni lah yang kita harapkan. Kita tunggu perlawanan kedua di Pakistan pula,,,hope pasukan Malaysia dapat keep the momentum. Apa? ada yang terlepas match tadi??...untuk pengetahuan semua, Malaysia menang 2-0 ke atas Pakistan. Nak highlight gol pula??,,hmm,,,ada kat bawah tu, dah korang nak sangat, aku bagi la. Siap ada highlight masa goalkeper Malaysia kena sepak dengan pemain Pakistan. Nasib baik keper tak injured,,,fiuuhh,,,Ok lah,,salam semua,,,(^^,)

1st gol oleh Wan Zaharulnizam,,,disini..
2nd gol oleh Mohd Irfan Fazail ,,,disini..
Khairul Fahmi kena sepak,,,,disini..

credit to Qayyim Miswan for the highlight...

Cara-cara nak 'select all' dalam facebook !!! (for google user only)

Salam readers-readers semua...lama dah tak update blog,,sibuk sangat-sangat,,,ok,,entri hari nak tunjuk sikit macam mana nak select all friend kita semasa nak suggest to friend, send message,  atau nak invite ke sesuatu event,,,,Senang je,,,korang kena la install extension dia iaitu 'Facebook Invite All'...memang sangat mudah kalau ada extension nie,,,kat bawah nie aku tunjuk image bagi google yang x ada Facebook invite all...



So, bila korang dah install je extension untuk google nie,,,akan ada perkataan 'toogle all',,just tekan je perkataan tu, dia akan select all semua friend korang,,,



Nampak kan?,,senang je sebenarnya,,,Apa? Mana nak download?,,,tkan la link kat bawah nie,,,korang mesti malas punya nak search kat google tu,,haha,,apa-apa pun,,kita dah pun sharing information yang mungkin few person tak tahu,,,So?,,tunggu apa lagi? download la,,(^^,)

Download Google extension, 'Facebook Invite All'....disini

Top 5 football wonderkids idaman dunia!!!

Salam semua,,,cerita hari ini berbalik kepada sukan bola sepak,,,sebut tentang bola sepak nie, pernah tak ambil tahu  siapa bakal pelapis Messi, Cristiano Ronaldo atau Van Nistelrooy?,,,hari ni aku akan inform kat korang top 5 wonderkids pilihan aku,,,


1. Madin Mohammad

Madin Mohammad a.k.a Koroghli baru umur 9 tahun tapi skill die gila tip top. Rasanya lagi 10 tahun dapat lah kita tengok dia main secara professional. Apa?? Nak tengok sekarang??,,,Nah,,tengok la,,disini,,


Madin Mohammad

2. Rhain Davis
Rhain Davis nie kalo aku kira,,,umur dia dah 14 tahun,,,dia nie tinggal di British tapi sebenarnya anak kelahiran Australia,,dan kalau nak tahu, dia dah jadi hak milik Manchester United,,,,power sangat ke?...tengok la,,disini..

Rhain Davis

3. Kalani
Pemain kelahiran Brazil nie hebat betul,,baru umur 5 tahun badan dah shape,,,sekarang nie umur dah 9 tahun,,,shooting dia memang terbaik,,nak bukti?,,tengok disini,,,

Kalani

4. Sofiane
Budak nie pun boleh tahan juga hebat dia, umur baru 10 tahun,,kalu tak silap la,,,dia nie pun berasal dari Algeria,,,,orang gelar dia, New Messi,,,tengok la skill dia disini..

Sofiane..yang pegang trofi tu,,

5. Wan Kuzain Wan Kamal
Nie pemain muda paling special,,,sebab, dia Orang MALAYSIA !!!!,,,,Siap masuk tv3 lagi tu,,,sekarang nie berumur 13 tahun dan bermain di amerika,,,harap sangat dia dapat balik Malaysia dan wakili negara satu hari nanti,,,tengok aksi dia disini...

Wan Kuzain Wan Kamal 
nie je gambar yang ada,,sorry,,huhu

Jadi, ini lah top 5 yang aku pilih memang terbaik,,,cute diorang nie kan??,,,tak hairan lah kalau dah besar nanti bakal jadi kegilaan para wanita,,,Dia orang nie la bakal pelapis sukan bola sepak dunia tidak lama lagi,,,So, aku pun dah lambat nie,,kelas dah nak start,,,gerak dulu,,,(^^,)





Yeeaahh Dah 100 !!!

Salam semua,,,sebelum tu,,aku nak ckap,,,YEAAAAAAAHHH!!! Daaahhh 100 !!!!,,,teruja sangat-sangat dapat cecah 100 (alahai mamat ni, orang lain dah beribu tak kecoh pon),,haha,,thanks to all blogger who are being my follower n thanks to Hanisa because being my 100,,,ok, thanks all,,,(^^,),,,

p/s : yang bukan ke-100 pun penting,,tanpa korang siapalah daku,,,thanks all of u,,,(^^,)



Pentingnya Advanced System Care !!!

Salam readers,,,,entri kali nie aku nak cerita sikit salah satu cara nak pastikan pc atau laptop anda dalam keadaan yang optimum, maksudnya tak ada lagging dan tak slow walaupun sudah lama pakai,,,mudahnya nak jaga pc nie sebab kita tak perlu belai dia, tak perlu bagi makan, tak perlu nak mandikan dan tak payah hantar klinik untuk medical check,,,just install software nie je,,,Advanced System Care (AVC),,,




Apa yang stail sangat dengan AVC nie??...Kenapa pilih software nie, kan banyak lagi software lain?,,Ok, AVC sebenarnya sangat mudah nak guna,,sebab dia mesra pengguna,,,Selain itu, bila kita run je AVC nie, dia akan scan virus, cookies, history,,,lepas tu dia akan clearkan semua benda-benda tu,,,bukan tu je,,registery fix pon dia buat,,,AVC nie juga akan run disk defragement (penyusunan semula fail), scan spyware dan fix system configuration,,,,AVC juga ada additional tools (software tambahan) macam game booster, internet booster, start up manager dan banyak lagi,,,Additional tools nie akan di install bila kita click on it,,,dia tak auto install,,sebab tu saya kata AVC nie mesra pengguna,,,tak macam software2 lain yang auto install benda-benda additional nie,,kadang-kadang kita bukan guna sangat pun additional software nie..


black skin

white skin

So, dengan adanya AVC nie, korang sudah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna pc ,,,AVC nie dah macam klinik untuk pc korang,,,tapi satu perkara nak di ingatkan,,AVC nie bukan anti-virus,,so jangan la korang uninstall pula anti-virus kat pc tu,,,minggu depan aku akan buat entri khas untuk anti-virus terbaik,,,,Jadi?? apa lagi??..download la,,,huhu,,(^^,)

download Advanced system care..disini,,,

p/s : thanks to my friend Firdaus Amon for introduce me AVC,,(^^,)

Hanphone review : Xperia PLAY

Salam semua,, hari nie aku nak buat review khas berkenaan handphone,,,pernah dengar nama handphone nie?Xperia PLAY...Sebenarnya aku tak suka sangat handphone jenama Sony Ericsson (sorry tu all Sony users) tapi model kali nie merupakan model Sony Ericsson pertama yang membuatkan aku teruja,,(^^,),,,


Macam mana?,,teruja tak,,huhu

Xperia PLAY, model android pertama yang digabungkan dengan fungsi Playstation,,,handphone nie smart la untuk gamer-gamer di luar tu sebab fungsi dia dah macam PSP, tambahan pula boleh call dan mesej,,,memang jadi rebutan la walaupun kamera dia cuma 5 megapixel je,,,dengan saiz skrin 480 x 584 pixels, LED flash, wi-fi, and much more, handphone touchscreen nie memang berbaloi...


Tapi satu je kelemahan besar yang aku memang-memang tak minat,,,,TOUCHSCREEN !!!,,,bila dah beli handphone touchscreen, memang kena jaga betul-betul,,kalo pecah, menangis tak berlagu laa,,lagi satu, handphone touchscreen memang susah nak guna,,,lagi-lagi bila ada LAGGING,,,masa tu nak call tak boleh,,nak mesej tak boleh,,nak main game pun tak boleh,,,boleh buang je handphone tu,,,tapi harga beribu,,,apa-apa pun aku nak try jugak hanset nie (nak men game je sebenarnya,,huhu),,,,,So, all I need is wait for the launching in Malaysia,,,,,(^^,)

KMPlayer vs GOM Player

Salam semua,,,korang tahu tak ada media player yang jauh lagi bagus daripada Window Media Player???,,Jadi,hari nie saya nak membuat perbandingan dua media player yang sering digunakan oleh mahasiswa dan mahasiswi,,,,Dua media player nie ialah KMPlayer dan GOM Player...Banyak student tak tahu yang sebenarnya KMPlayer lagi bagus daripada GOM Player,,,Percaya tak??...nak bukti??

Pertama :
Reka bentuk, design or skin KMPlayer kalau kita lihat jauh lebih moden and more stylish...ketara kan??


Default GOM Player

Default KMPlayer


Kedua :
Sebelum nie aku dah pernah guna GOM Player,,,GOM Player selalu bermasalah bila nak play file yang pelik-pelik...mcm file rmvb, mov,mkv and many more. Dia akan ade lagging skit awal2,,,tapi KMPlayer sempoi jer. Lagipun, apa-apa video yang dibuka dengan KMPlayer lebih cantik dan jelas.

Ketiga :
Sound yang dihasilkan KMPlayer lebih jelas dan lebih kuat,,,tak percaya?..korang install dua-dua player nie,,,lepas tu compare,,,,play apa-apa movie yang slow sound dia,,,kompem KMPlayer menang,,huhu

So, apa pilihan korang?..Ikut suka hati korang la nak guna yang mana pun, tapi pilih la media player yang bagus(macam KMPlayer,,huhu)....kompem korang akan puas hati,,,Yang penting, lepas korang install player pilihan korang, korang kena lah install Real Alternative 2.02..penting codec nie,,Bagi pengguna KMPlayer, kalau ada masalah, comment je kat bawah ok,,,Insyaallah aku cuba jawab,,(^^,)

Download KMPlayer disini...
Download GOM Player disini...
Download Real Altenative disini...

Vlog cara baru blogger

Salam semua,,,thanks kepada blogger-bloogger yang menyokong blog nie,,,tanpa korang siapalah aku,,huhu,,,baru-baru nie kecoh dengan Vlog,,,even Oh! Media pun post pasal Vlog,,,,cakap tentang Vlog ni, siapa yang tak tahu apa tu Vlog??,,,Vlog nie adalah berblogging dengan menggunakan video,,,Kenal inianwarhadi?..matluthfi90 kenal??,,,mereka nie antara Vlogger(ada ke Vlogger??,,,entah,,haha)  yang tip top,,,even Lisa Surihani pun wat Vlog tahu tak...

Memang best kalau dapat buat Vlog nie,,Cari satu isu kemudian luahkan dengan cara sendiri,,,tapi kalau tak stail or tak jadi,,,,memang kena booo jer,,haha,,aku tak terfikir pon nak buat Vlog nie sebab tak ada masa(padahal tak reti,,,haha) dan tak pandai nak berlakon kat depan kamera tu...huhu


Jadi siapa-siapa yang pandai buat Vlog nie memang satu advantage or bonus la bagi dia sebab orang senang nak kenal dan senang jadi famous,,tak payah ada gaya penulisan pun,,,tapi kena ada gaya lakonan r,,Mungkin 5 or 6 tahun lagi pengaruh Vlog akan meningkat,,,apa-apa pun, as long as kita kreatif, buat apa pun akan menjadi kan?,,,Nak tengok contoh Vlog??...tekan jer link kat bwah nie,,,(^^,)

Inianwarhadi....disini
Matluthfi90...disini

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam semua,,,,hari nie merupakan hari yang penting terutamanya bagi semua umat Islam,,,12 Rabiulawal merupakan tarikh kelahiran nabi terakhir kita iaitu Nabi Muhamad S.A.W,,,,tapi ramai yang tidak menghayati kenapa kita meraikan tarikh ini,,,,yang kita tahu apa?,,

"Aku nak makan nasi minyak dalam dulang kat masjid"
"Hari nie kan cuti, aku nak tengok wayang dengan awek akulah"
"Tidur je lah satu hari nie, bosan kot"

Hurmm, Ishk3....Kenapa kita susah nak luangkan masa untuk memperingati baginda,,,Even Rasullulah menangis kerana umatnya sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir, tapi kita? Masih ada lagi kat luar sana yang tak tahu makna disebalik 12 Rabiulawal nie,,, tapi kita yang tahu pun tak buat apa-apa,,,maknanya kita sama je la macam diorang kan? Kenapa tidak kita ambil masa seketika dan berselawat ke atas baginda,,kenang semula apa yang telah Rasullulah lalui sepanjang kehidupannya dalam menyebarkan dan mempertahankan Islam,,,(cakap macam lah dia ustaz),,, mungkin aku bukan ustaz, tapi aku tulis entri nie untuk menasihati diri aku sendiri...Kita sama-sama muhasabah diri...(^^,)




Cara-cara edit lagu dalam PES 2011

Salam semua,,,ok,,sape yang tak tahu PES 2011 ni benda apa?? Haha, sedih la bagi yang tak tahu, PES 2011 ni game bola sepak terbaik di zaman ini(penuh bersemangat),,,So, hari ni saya nak share cara-cara nak edit lagu dalam PES 2011,,,ramai orang tahu main jer game ni,,tapi kan lagi best kalau lagu-lagu dalam game PES 2011 semua lagu yang kita suka...btul x?..

First Step :
Download dulu PES Sound Converter. Korang kena tukar format lagu yang korang nak masukkan dari MP3 kepada ADX. Kita ambil lagu (Faizal Tahir - Adrenalin) sebagai contoh. Download Converter sini.



jangan lupa tanda dan pilih location output

Second Step :
Rename lagu mengikut format ini, (nama lagu - penyanyi_nombor pilihan). Pastikan semua huruf kecil. So, lagu faizal tahir tadi, kalau kita rename, jadilah macam ni,,,(adrenalin - faizal tahir_28.adx).


Nombor pilihan tu pula korang tak boleh letak suka-suka je...korang kena pilih dari nombor 14 sampai nombor 60 kecuali nombor 20,39,41,42 dan 43. Satu nombor untuk satu lagu je. So, korang boleh letak 42 buah lagu yang korang suka. Lepas convert dan rename semua 42 lagu tu, masukkan dalam satu folder dan rename folder tu kepada (dt02.img).


Third Step :
Create satu Text Document baru. Taip coding macam kat gambar bawah ni.


Lepas tu space sebaris. List kan lagu-lagu yang korang sudah masukkan tadi. Ikut susunan nombor lagu dan tulis mengikut format nie (nombor lagu, "Nama Lagu","Penyanyi"). Ikut macam dalam gambar. Awalan huruf mesti huruf besar. Koma jangan lupa. So, lagu faizal tahir tadi jadi macam nie...


Kemudian, rename Text Document nie kepada (songs).

Last Step :
Cut folder (dt02.img), dan paste dalam folder Pro Evolution Soccer/kitserver/img...Cut text document (songs) tadi dan paste dalam folder Pro Evolution Soccer/kitserver...Jangan salah paste...dalam folder PES 2011 ada dua folder img....

Tengok image dt02 die,,,lain kan...so jangan paste dalam ni



Yang nie baru betul...Make sure korang delete folder dt02.img yang dia bagi nie dulu, sebelum paste yang korang punya. Kalau tak, nanti dia tak replace, dia imerge(gabung).

So, kalau korang dah buat tapi tak jadi, just comment jer kat bawah nanti aku jawab. Ok.....(^^,)

Terompah Caring is my first follower !!!

Salam semua,,setahu aku, blogwalking aku tak buat,,kat facebook aku tak post,,,comment pun tak pernah,,tiba-tiba Terompah jadi follower aku...pelik kan ?!! hahaha...sebenarnya, tuan punya blog tu member aku,,,satu sekolah,,,satu universiti,,,ingat lagi dulu-dulu masa follower die 200 lebih,,,aku gelakkan die, pastu cakap die cap ayam,,,sekarang aku pulak kena gelak,,,haha,,,tapi tak apa,,,kita mula dari bawah,,,step by step,,walaupun follower dia dah 1k++,,,dia sanggup jadi mentor aku,,,huhu,,,credit to terompah caring,,,(^^,)


Khai dah ada blog????

"Perghh,,,budak tu blogger sekarang,,haha".....
"Waahh,,,Khai dah ada blog!!"....
"Ceeeyyhh,,,gamer nak jadi blogger pulaakk~~..".....

Inilah tomahan dan perlian yang daku terima,,,haha,,tak ada lah,,nie sume kata-kata kawan aku yang masuk air,,saje je nak perli aku,,Salam perkenalan DUNIA BLOGGER !!!~~...Sebenarnya aku tak ada idea pon nak post apa kat first entri nie,,,haha,,saja je test2,,,Ok lah, tujuan aku buat blog nie untuk kita sharing idea and information,,,so kalau korang (cakap macam ada orang baca tu,,haha) ada apa2 information, tutorial, patch or anything that can be share, just voice it to my blog,,,ok guys,,,thats all,,(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...