Best Blogger Tips

5 Movie ending paling sedih !!!

Salam readers semua, minggu nie minggu exam, so terpaksa lah menjarangkan update. Hari ini aku tulis entri khas untuk peminat-peminat movie sedunia. Aku nak tulis sikit pasal 5 movie yang ada ending paling sedih yang aku pernah tengok.


"Alahai,,jiwang pula mamat nie..."

Bukannya aku nak jiwang, tapi movie yang aku nak share nie memang ending dia sedih. Aku sendiri tak boleh tahan sebak. Sob3,,hahaha. Oklah, jangan buang masa lagi.

1. Titanic
Siapa yang tak tengok lagi movie nie? Movie no 2 terlaris di dunia. Movie yang ditayangkan pada tahun 1997 mempunyai ending yang tak sepatutnya berlaku di mana kekasih Rose DeWitt Bukater iaitu Jack Downson mati akibat kesejukkan. Dengan lagu tema dia yang sentimental, memang sedih kerana Jack sanggup mati hanya untuk memastikan kekasihnya terus hidup.


2. Prison Break
Ada yang kata cerita nie ganas, lucah, tak jiwang langsung, tapi korang dah tengok penuh 4 season dia ke? Dalam cerita ni, banyak yang mati, tapi yang sedihnya bila heronya iaitu Micheal Scofield pun mati. Mula-mula aku ingat dia mati sebab barah otak (masa tu belum tengok final episod), rupa-rupanya dia mati semasa cuba  buat electric short semata-mata untuk melepaskan Sara keluar dari penjara. Yang sedihnya bila dia sempat buat video khas untuk Sara sebelum dia 'pergi'. Aku habiskan masa hampir setahun nak habiskan 4 season nie, last sekali dia mati. Sob3....

3. Disrict 9
Aku rasa berapa kerat jer yang tengok cerita nie, cerita nie pasal UFO yang tinggal di bumi semakin di buru dan dihapuskan. Aku sedih bukan sebab kesian dekat UFO tu, tapi kat Wikus yang DNA nya berubah menjadi alien tu. Bayangkan macam mana dia nak hidup dengan badan yang macam alien tu? Pada endingnya, Wikus dan berubah sepenuhnya menjadi alien sambil memegang sekuntum bunga daripada timah. Maknanya dia teringat akan isterinya, dan dia masih menunggu kawan aliennya untuk membawa penawar supaya dia boleh kembali menjadi manusia. Lima tahun (kalau tak silap la) dia tunggu, ntah datang ke tidak alien tu, korang bayangakan lama tak lama?

4. Sepi
Cerita melayu paling sedih aku pernah tonton, nie lagi kaw-kaw ending dia. Dalam cerita nie, Sufi menunggu Marya setiap hari semata-mata berharap Marya dapat hidup bersamanya, namun Marya sudah pun berkahwin. Namun pada akhir cerita, Marya menunggu Sufi di taman tersebut dan sebaliknya, anak Sufi datang dan memberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia dan diwasiatkan kasut yang Marya pernah bagi dulu untuk diserahkan semula kepada Marya. Sedih tak sedih la kan. Sampai mati dia tunggu perempuan tu.



5. Lagenda Budak Setan
Siapa yang tak kenal dengan filem Melayu bergenre sentimental nie kan. Bagi yang tak tahu. Heroin dalam filem nie, Ayu meninggal dunia selepas melahirkan anak ketika bersama Kasyah. Ayu paling teruk sekali kehidupan dia, dimana dia pernah kemalangan, operate muka dan hilang ingatan. Sedih bila berada di tempat Kasyah kerana kekasih dia hilang ingatan dan meninggal dunia selepas berkahwin. Lagu tema pun sayu jer.



Sebenarnya banyak lagi movie yang ada ending sedih jika korang hayati cerita dia betul-betul, macam Armagedon, Toy Story 3 atau Kabhi Kushi Kabhi Gam. Huhuhu. Tetapi disebalik 'sad ending' sebenarnya ada moral yang cuba disampaikan kepada kita tentang kehidupan nie. Korang pula macam mana? Apa cerita paling sedih korang pernah tengok? Share la dengan Khai,,,,,(^^,)

12 pendapat:

nana riduwan said... Best Blogger Tips

titanic mmg la sedeyh.. :(

Fiya Ahmad said... Best Blogger Tips

titanic tetap terbaik!!! :D

syaza hamid said... Best Blogger Tips

kabi kushi kabi gam..sedih kot..
haha
boleh pulak layan hindustan..

peace=)

Farhana Jafri said... Best Blogger Tips

klau tny ana, mostly yg bnyak wt air mata meleleh sbb crite hndustan la.. tmbah2 klau crite SRK.. dy mnangis je mule la nk sebak skali.. crite Titanic pon sedih gax.. prnah tgk The Notebook?? A Moment To Remember.. dua2 ni klau tgk hadoi.. sedih sgt.. huuuu~~

jemput singgah ANASAURUS :)

zahidah dihaz said... Best Blogger Tips

lagenda budak setan je saya pernah tengok...tapi tak berapa sedihlah....kalau baca novel lagi sedih...sob2...sob2..


New Entry: Soulmate, Antara drama wajib tengok

kaizen said... Best Blogger Tips

kabhi khusi khabi gham kn ke hepi ending?? just tacinx perasaan jerr

BudAK BaYAng-BaYAng ahakz... said... Best Blogger Tips

qabil dan habil... ending die sedih gak... yg pasal 2 adek bradik laki2.. citer lame gak lah...

@tiF said... Best Blogger Tips

sob3

annisyiba said... Best Blogger Tips

the notebook and a walk to remember also sad ending..try watch!!=)

shandye. said... Best Blogger Tips

bg sy filem2 yg paling sedih sudah tentu hampir semua karya razak mohaideen.

sebabnya?

sedih lah baru lima minit cerita mula kat tv, sy sudah tukar channel lain. menyampah!

Fifieyqa said... Best Blogger Tips

saye mengaku..saye menangis tengok LBS..tak tau la kenape??haha

solomolo said... Best Blogger Tips

ending filem SEPI memang sedih terutama bila part lagu Anuar Zain tarik... lakonan Eja masa tue memang menusuk kalbu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...